✿ ✿ ✿ ✿ ✿
★ Maisarah is my Name ★

hello! this is my Blog. So let me introduce a bit about myself here, I'm a shy girl but extra confidance. who simply love going to school. I mean, school is such an interesting place, why wouldn't anyone love going to school? :D we can get a lot of KNOWLADGE There are kind teachers, and my favourite of all time, HOMEWORK! Wow, homeworks totally rock my socks off! Ok I want to be honest to uolls "my blog is nothing..if you want something..uolls can open wikipedia web"
want to reach me ?

Tumblr, Facebook, Gmail & Twitter
Monday, 27 July 2015/ -23:48:00

LIFE AS UKM STUDENT

Assalamualaikum wbt...

lama...
sangat lama.....

lama tak menaip blog. dek kerana aku yakin, seyakin dan pasti tiada yang membacanya. hahaha actually thats not a problem.

dalam tempoh berbulan lamanya banyak benda yang sudah aku tempuhi. banyak kehidupan telah aku lalui. ah sekejapnya waktu berlalu.. aku rindu waktu dulu.

dalam tempoh aku tidak menaip cerita,. masih segar dalam ingatan bersengkang mata menelaah sampai larut malam, struggle untuk peperiksaan sem akhir STPM. dalam tempoh itu aku jumpa banyak kawan baru. aku rindu mereka. mereka banyak berkongsi ilmu. kami buat group discussion di FACEBOOK. tak tidur sampailah ke medan peperangan STPM. Allah aku penat sangat waktu itu. aku pening menyerap semula ilmu2 dari awal sem 3. terima kasih kawan.

selesai STPM aku kerja. lama aku kerja. kerja sebagai cashier di PETRONAS arah utara (highway). kerja ada shift, siang malam kerja cari duit. berharap dapat ringankan beban keluarga. sepangjang tempoh ini aku terfikir fikir apakah nanti akan aku jejakkan kaki di universiti? layakkah aku? ramai kot budak pandai. aku teruskan saja kerja siang malam di petronas. berjumpa dengan kawan2 pelanggan. :D pengalaman ini sukar nak diterjemahkan dengan kata. ianya terlalu manis. ah malas mau ingat yang pahit. pada aku semuanya menjadi manis bila diingat semula.

Tuesday, 30 September 2014/ -11:23:00

Hai UKM


Assalamualaikum.. haai :) hari ini tanggal 30 September 2014 genap sebulan aku di UKM. bermula 1 September aku melangkahkan kaki ke Universiti ini, macam-macam liku yang aku tempuh.. Allah... 


Aku tak tau macam mana aku boleh tercampak kat Universiti yang Gah ini. sejak form 1 lagi aku bermimpi nak belajar kat UKM.. mungkin ramai yang nak belajar luar negara, UM dan sebagainya... tapi aku memang dari dulu nak sangat sambung belajar di UKM. kenapa? mungkin sebab namanya KEBANGSAAN, maknanya bahasa pengantarnya juga bahasa Kebangsaan hahaha LOL 


Adik aku pula? dia ni jenis malas nak ambil tau. dia tenang orangnya.. relex je tak de perasaan pon.. berbanding aku yang pot pet dari malamnya sebok dapat ke tak dapat ke?? dia lepasan matrik aku stpm.. so no wonderlah masing2 tunggu upu.. dan alhamdulillah check2 dia dapat sambung di UNIMAP untuk program kejuteraan mekanikal..dan dia masih tidak berperasaan.. -____- boring. alhamdulillah ini mungkin bahagian keluarga kami.. rezeki kami.. bersyukur kepada Allah swt... alhamdulillah kawan2 pun ramai yang dapat sambung belajar... :)
Minggu orentasi berjalan lancar.. tak ada istilah ragging. Senior yang jadi PC baik2 sangat, prihatin, sporting comel cantik dan handsome semuanya weeh..!! serious talk. aktiviti menarik, tidur pun boleh dikatakan awal jugak lah berbanding orentasi dan kem2 lain yang pernah aku pergi.. So sekarang dah start klas,, semuanya berjalan dengan baik. aku belajar semua dalam bahasa Melayu seperti mana yang aku impikan.. berbeza pulak dengan roommate aku yang ambil pengajian bahasa melayu, mereka belajar dalam bahasa inggeris. walaupun aku belajar dalam bahasa melayu tapi aku belajar2 jugaklah speaking dengan member2 aku.. penting tau bahasa inggeris tu.. :) 
banyak lagi aku nak cerita.. program yang dah aku pergi dan sebagainya.. tapi.. lain kali aku tulis lagi.. walaupun aku bermonolog dalam blog pun tak apalah... :D 



Lama... lama aku tak menulis blog.. hari ni aku tergerak nak menulis,since klas start pukul 2 pm dan sekarang masih pagi. aku nak bercerita sikit tentang pengalaman aku.

bismillahirahmanirrahim...
Hari keputusan UPU keluar aku berdebar sangat tapi alhamdulillah boleh tidur malam. aku dan adik aku akan tengok keputusan UPU hari tu.. ALLAH macam mana kalau aku dapat adik aku tak dapat. dan macam mana kalau adik aku dapat aku tak dapat.. mesti sukar. sudahlah berita kat TV tak sudah sudah cakap peratus pelajar yang masuk U menurun dan berapa peratus je... can you imagine apa perasaan aku pagi tu.. aku berkeluh kesah dengan ibu.. 
ibu macam mana kalau tak dapat?? 
ibu kata 'ambil laptop, jom survey IPTS' 
oh god...!!! aku taknak...!!!! tak apalah aku terus berdoa, Ya Allah berilah yang terbaik untuk aku, adik dan kawan2 seperjuangan.. insyaAllah aku redha.. pagi tu aku bukak FB ada kawan kata UKM dah boleh check.. aku fikir ini rumour je sebab sepatutnya kita check UPU jam 12 ke atas. tapi masih baru jam 10 am.. tapi aku check jugak lah.. dimulakan dengan bismillah dan disudahi dengan alhamdulillah.. hahahaha Allah,... aku diterima masuk UKM dengan program kerja sosial (pilihan kedua) alhamdulillah Ya Allah.. mungkin ini yang terbaik untuk aku...

Hari pertama aku kat sini aku menangis juga.. tapi masa berpisah ngan ibu tu cover2 jugak sedih tu.. nasib baik ayah hantar fikri pi Perlis.. kalau tak, tak tercover kot menangis nye.. huhuhu.. aku dapat kolej yang paling tinggi kat UKM ni.. Kolej Ibrahim Yaakub KIY nama diberi. sampai kolej ini digelar highlanders kerana kedudukan geografinya yang tinggi nun di atas bukit.. bilik? Cun giler.. selebihnya depend pada pelajar tu memilih untuk menjadi pembersih atau pengotor.. so far alhamdulillah roommate giler rajin kau..!!! hari2 dia menyapu mengemop.. hahaha alhamdulillah.. roommate pon baik dan kelakar.. dah jadi geng dah room mate dan jiran depan.. masing2 kos berberza.. ada yang bagus bab2 agama, sosial, kelakar so masing2 saling melengkapi.. :) hari pertama aku dilantik jadi Penghuluwati.. adeshh aku tak suka sebenarnya.. tapi memikirkan kesan daripada pelantikan itu aku bersyukur jugak lah.. so kawan2 boleh kenal aku kan kan :) malam pertama aku menangis teresak esak.. hingus meleleh macam budak tadika.. sedih weeh aku tak pernah berpisah dengan ibu ayah. aku takda kekuatan nak kol mereka. aku takut aku tak boleh kawal emosi. malam2 pertama aku baca yassin dan alQuran sambil menangis macam budak2.. aku menyesal masuk U masa tu baik duduk rumah dengan ibu.. Haddooi.. seminggu aku kumpul kekuatan baru aku kol ibu. so sampai sekarang hari2 aku kol ibu. nasib baik kol ibu free je... 

Belajar.. aku course mate dengan orang kuat Bersamamu TV3 haha :) menarik.. pensyarah pun okay dan hebat. pun begitu aku rindu dengan cikgu2 dari tadika sampai form 6.. mereka penyayang dan beri tunjuk ajar sampai ke akar umbi. berbeza daripada sekarang.. ada jugak killer subjek.. haddoi aku tak taulah macam mana nak belajar dengan berkesan. 
+___+

Hari pertama jejak kaki.. 


She is my roommate ;)


Kerja Sosial 

First class kasut putus tercabut tapak.. grrrrr


Dah boleh happy dan sesuaikan diri



Jiran depan + roommate + jiran kolej


Jiran depan =)

Kem Aspirasi PD




Aku harap UKM akan lahirkan aku menjadi INSAN yang berguna, 'berpayung merah' insyaAllah aku pun akan cuba yang terbaik.. Terima Kasih Ya Allah..





Saturday, 29 June 2013/ -08:24:00

KOLEKSI SOALAN MUET...

Assalamualaikum hi uooolllss :)

candidates MUET Hello !!! stress-kah anda ???


Jangan risau... sini sara ada banyak koleksi soalan MUET.. Jom buat praktis banyak-banyak! Insyaallah bila dah tiba masanya semua akan jadi mudah.. insyaallah..
\
PART 1

(BOOKLET 1)
Which of the following is the most important factor that can affect the reputation of a family?
i)Behaviour of family members
ii)Income levels of family members
iii)Educational levels of family members
iv)Occupations of family members

(BOOKLET 2)
The public has been advised that the consumption of water should be reduced.Where can you save water most?
i)At home
ii)In schools
iii)In public places
iv)In restaurant

(BOOKLET 3)
For any teamwork to succeed,it is most important to choose agood team leader.What are the qualities that you would look for in choosing a good leader?
i)Well-liked and well-respected
ii)Knowledgeable and competent
iii)Patient and rational
iv)Fair and open-minded

(BOOKLET 4)
The increasing price of foodstuff affects everyone.Suggest how you can save money spent on foodstuff.Which is the following is most effective in saving money spent on foodstuff.
i)Eating more home-cooked food
ii)Buying only the foodstuff that you need
iii)Growing fruits and vegetables
iv)Not wasting food


(BOOKLET 5)
Malaysians should be proud of the fact that various groups can live together in peace and harmony because of our generally tolerant nature.How can this be improved?To which group of people should we know our greatest tolerance?
i)People of different cultures
ii)People from different age groups
iii)People with dfferent habits
iv)People who are disabled


(BOOKLET 6)
There has been a lot of discussions on what should be done to young people who break the law.Suggest what action should be taken.Which of the following is the most effective way to reform young people who have broken the law?
i)Send to jail
ii)Send to rehabilitation centres
iii)Made to do social work for a number of hours
iv)Place under the guidance of mentors

(BOOKLET 7)
Lifespan and health conditions have improved tremendously.As a result,many people who retire in their fifties are still fit and alert.Suggest options available for people of this age group.Discuss which of the following will most benefit retired people.
i)To be re-employed
ii)To start a small business
iii)To do social work
iv)To learn something new

(BOOKLET 8)
It has been said that young people in Malaysia today are considered lucky.Why it this so?Whis of the following has helped young Malaysians today the most?
i)They grew in a time of peace and prosperity
ii)They have easy access to more information
iii)The government has provided better facilities for sports and recreation.
iv)The education system has offered them more opportunities

(BOOKLET 9)
Malaysian food manufacturers would like to sell more of their products overseas.Suggest what they can do.Which is the most effective way of increasing sales of Malaysian food products overseas?
i)Improve the packaging of the products
ii)Maintain high standard of quality
iii)Promote the product internationally
iv)Make the products easily available overseas





(BOOKLET 10)
To develop responsibility is very important in life.How do you go about doing this?At which level is developing responsibility most important?
i)At individual level
ii)At family level
iii)At community level
iv)At national level

(BOOKLET 11)
In today's modern society,a lot of tradition has been forgotten.What are some of the ways in which we can keep our tradition alive?Which of the following is the most important way of keeping tradition alive?
i)Through playing traditional sports and games
ii)Through performing tradisional songs and dances
iii)Through promoting traditional arts and craft
iv)Through practising traditional values and customs
\

PART 2
QUESTION 1
Jagjit has received his STPM results. He has done very well in his Science subjects. He is now in a dilemma. He can opt for any Science discipline in the university. However, he has no particular interest in any of the disciplines. Several people have stepped forward to offer him some advice.
A )          choose medicine and later specialise in psychiatry
B )           take up a degree in computer studies
C )           sign up for an engineering course
D )          take up architecture

QUESTION 2
School indiscipline continues to be a problem in SK Jantung Muda. The headmaster seeks the opinions of senior students on how to curb the problem. You are one senior student the headmaster talks to.
A )          cane the boys and punish the girls by making them weed the school garden.
B )           suspend these students from school for several days.
C )           compel these students to see the school counsellor or the discipline master.
D )          punish these students by making them wash the school toilets.

QUESTION 3
Your school has decided to hold a funfair to raise funds. Each club will be in charge of a stall and has to decide on what to sell. The President of your club has called for a committee meeting.
A )          selling drinks
B )           selling snacks
C )           selling clothes that are factory rejects
D )          setting up a fortune-telling stall

QUESTION 4
Siva has just won a huge lottery. One of the first things he wants to do with the money is to improve on his family’s home. Siva speaks to his family to seek their views.
A )          to have a house by  the sea.
B )           to build a house in the mountains.
C )           to buy a condominium.
D )          to renovate the present house.

QUESTION 5
Mr Lee has just retired from government service. He has also received his gratuity money – a lump sum of RM130 000. All his children are also working now.
A )          to invest the money in the stock market.
B )           To buy a small apartment.
C )           To renovate the house.
D )          To buy a new car.

QUESTION 6
One of your friends decides to quit Form 6. She says that she is bored, that lessons are uninteresting and that there seems to be no focus in life.
A )          stay on in Form 6.
B )           leave Form 6 and take up a professional course.
C )           join the working world.
D )          work temporarily and when the time is right continue with her studies.

QUESTION 7
Recently there has been a lot of emphasis on the importance of the English language. Malaysians throughout the country are being encouraged to improve their English language proficiency. Suggest ways to help Malaysians improve their English language proficiency.
A )          the mass media play an important role.
B )           get a credit in English.
C )           parents play an important role.
D )          schools play an important role.

QUESTION 8
The Nature Club in your college is organising a ‘Preserve Our World’ campaign. One of the activities for the campaign is an essay competition. As a member of the committee, suggest a title for the essay competition.
A )          The Importance of Recycling
B )           How to Conserve Water
C )           The Need to Preserve Our Forests
D )          The Importance of Being Environment Friendly

QUESTION 9
A friend of yours has decided to go into the retail business. However, he does not know what line of retail he should focus on. He decides to get some advice from  his friends and relatives..
A )          You are his father.  You advise him to concentrate on children’s clothes.
B )           You are his aunt. You advise him to concentrate on clothes or teenagers.
C )           Your are his sister. You advice him to concentrate  on clothes for women.
D )          You are his good friend. You advise him to concentrate on clothes for men.

QUESTION 10
For several weeks now your good friend, Susan, has been acting  rather strangely  towards you. She does not want to see you or speak with you. You  have just found out that she has been influenced by some wayward peers and is  now experementing with drugs. You talk it over with some other concerned friends about what to do.
A )          confront Susan and her new friends
B )           inform the class teacher  and get her to intervene
C )           inform Susan’s parents
D )          report this to the headmistress


PART 3

Booklet 1
A person's character is often influenced by other people around him/her. Who has the greatest influence on a person's character?
-Discuss which of the following has the greatest influence on a person's character

(i) Parents
(ii)Teachers
(iii)Friends
(iv)Famous Personalities

Booklet 2
If you were given the opportunity to serve as the Prime Minister of Malaysia for one term, what would be a great achievement to leave behind?

(i)Economic prosperity
(ii)Excellence in sports
(iii)World class education
(iv)Excellent health facilities

Booklet 4
You and your friends are deciding on the choice of universities and programs of study available. You would like to seek the opinion of others before you make your final decision.
-Whose opinion is most important in deciding where and what to study for your university degree?

(i)Opinion of parents
(ii)Opinion of friends
(iii)Opinion of teachers
(iv)Opinion of career guidance counsellors

Booklet 7
Electronic media like mobile phone, computer and electronic games has an impact on young people of today. What aspects of their lives are affected?
-Discuss what aspects of a young person's life is most affected by electronic media

(i)Study habits
(ii)Daily habits
(iii)Social relationship
(iv)World view

Booklet 9
What are the costs cutting measures that can be taken by a family to reduce expenditure? Give some suggestions.
-Best way for a family to reduce expenditure.

(i)Use public transport
(ii)Spend only on what is needed
(iii)Carry out their own repair and maintenance work
(iv)Recycle and reuse household items

Booklet 10
Who do you regard as a successful person?
-You regard as the most successful person

(i)Someone who is very rich
(ii)Someone who is very intelligent
(iii)Someone who is very powerful
(iv)Someone who is very famous

Booklet 11
What factors can influence a student's academic perfrmance
-Greatest impact on a student's performance

(i)Study habits
(ii)Sleeping haboits
(iii)Leisure activities
(iv)Network of friends

Booklet 12
It is important to be a good neighbour. What are some of the guidelines needed?
-Discuss which of the following are the most important qualities needed to be a good neighbour

(i)Polite and respectful
(ii)Friendly and caring
(iii)Helpful and responsible
(iv)Tolerant and understanding


Good Luck !!!

Wednesday, 5 June 2013/ -23:04:00

KEHIDUPAN BARU .

Assalamualaikum...
Alhamdulillah saya Maisarah Ismail, masih diberikan nyawa untuk terus hidup dan mencari keredhaanNya..

Subahanallah, semakin dekat dengan hari persekolahan semakin bersemangat sara jadinya.. hampir dua minggu cuti pertengahan tahun berlalu.. masih ada sikit lagi baki cuti yang ada.. kebanyakan hari tersebut digunakan dengan baik dengan mengemas dan mengemas selebihnya terbuang dengan begitu saja... Teruk.

Tanggal 10 jun, sesi persekolahan bagi semester 2 untuk pelajar tingkatan enam pun bermula.. pada tarikh keramat itu juga jatuhnya hari ulangtahun kelahiranku yang ke 19.. insyaAllah aku akan gunakan usia 19 tahun itu dengan sebaik mungkin jika diberi usia yang panjang..

Maka wujud satu azam baru untuk menjadi pelajar yang hebat dan berjaya.. ya itu azam aku.. aku bnyak sia-siakan nya pada semester lepas.. Ya Allah aku tak mahu ulanginya...

Semester Baru
Azam Baru.
Umur Baru.
Kehidupan Baru.



InsyaAllah.... aku perlukan bimbingan engkau Ya Allah......

Wassalam....


Friday, 19 April 2013/ -10:48:00

Perkongsian PBS Sejarah 2013 / SENI TEKAT / Maisarah Ismail


 Seni Tekat

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas,seni warisan dan budaya perlu dipertahankan agar sentiasa releven dan diingati oleh segenap masyarakat Malaysia, terutamanya golongan muda-mudi.Masyarakat Melayu dahulu begitu kaya dengan warisan seni halus yang diwarisi sejak zaman berzaman.Tenunan, sulaman dan tekat umpamanya adalah antara seni halus yang sinonim dengan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kebudayaan.Namun begitu seni warisan ini semakin dilupakan sedikit demi sedikit oleh generasi pada hari ini.Justeru, kajian saya mengenai Seni Tekat ini adalah untuk mengembalikan semula seni budaya zaman kegemilangan nenek moyang kita kepada rakyat Malaysia agar seni budaya ini sentiasa utuh dan subur dalam sanubari kita.
Seni Tekat adalah sejenis seni pertukangan tangan Melayu tradisional yang dihasilkan dengan menyulamkan benang emas ke atas kain baldu. Seni ini juga dikenali dengan nama suji timbul, iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji.1 Selain itu, Seni Tekat atau tekatan atau sulaman tekat membawa maksud jahitan yang berbunga-bunga biasanya sebagai perhiasan pada kain.2Seni tekat termasuk dalam kategori tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas ke atas dasar kain jenis baldu.3 Tekatan merupakan hasil seni yang dibentuk dengan kertas yang sederhana tebal dan disalut dengan benang emas di atas kain atau baldu yang lazimnya bewarna gelap. Kesannya, berlakulah corak timbul di atas kain dasar dan inilah yang dinamakan sebagai tekat.4
Asal usul seni tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau golongan istana pada zaman dahulu kala.Penggunaan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat dalam kalangan masyarakat Cina yang berketurunan Baba Melaka.Mereka menggunakan sulaman tekat pada pakaian-pakaian mereka.Jika kita susuri sejarah Seni Tekat dengan lebih mandalam, tekat sebenarnya merujuk kepada pakaian dan bahan kelengkapan yang wujud serta berkembang di istana. Alatan yang dihiasi dengan tekat emas merupakan peralatan yang wujud di istana. Beberapa rupa bentuk tekat dicipta untuk digunakan sebagai bahan atau alat seharian dan juga sebagai pakaian rasmi sultan. Seni tekat telah berkembang di luar istana sebagai kraf tangan sambilan.5Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni tekat.Ramai pakar tukang tekat dimiliki dan dijaga oleh pihak istana.Ini adalah kerana kelengkapan istana memerlukan tekat benang emas sebagai barangan seharian mereka.Tekat benang emas menampakkan kemewahan dan keagungan kepada pemakainya atau penggunanya. Ramai pakar tekat pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana sahaja.6Pakaian bertekat adalah barang larangan. Ia tidak boleh dipakai oleh sebarangan orang, walaupun seorang hartawan, kecuali atas arahan dan kurnia raja sahaja. Pengharaman ini juga berkait rapat dengan konsep “devaraja” Hindu yang menganggap raja sebagai seorang yang berkuasa mutlak dalam agama dan adat istiadat serta kesenian.7
Asal usul penciptaan dan penggunaan tekstil tekat dianggarkan sama dengan penggunaan tekstil songket. Tekat pada masa itu merupakan ciptaan pakaian dan bahan kelengkapan yang wujud serta berkembang di istana. Pada zaman keagungan kerajaan Melayu di Melaka, sulaman benang emas juga telah diperkenalkan oleh China. Hal ini terbukti dengan penggunaan bahan-bahannya yang berkilauan, seperti labuci atau jemeki yang sememangnya memperlihatkan wujudnya pengaruh China dalam pensiptaan sulaman tekat. Penciptaan tekstil tekat pada kain sutera, kasa atau baldu tidak popular dalam kalangan kehidupan masyarakat orang-orang Melayu pada masa itu. Jelas sekali, pada masa dahulu tekat hanya boleh dipakai atau digunakan oleh orang-orang istana sahaja. Sungguhpun seseorang itu orang kenamaan ataupun bangsawan, namun mereka tidak dibenarkan untuk menggunakan atau memakai pakaian yang berasaskan tekat, kecuali dianugerahi sultan atau kerabat diraja sahaja.8
Dalam perkembangan seterusnya, seni tekat ini telah tersebar dan berkembang dalam kalangan masyarakat luar istana, iaitu rakyat biasa. Salah satu sebabnya ialah kerana berlakunya perkembangan ajaran agama Islam yang tersebar luas. Agama Islam menganggap semua umat manusia mempunyai taraf yang sama, tidak ada perbezaan kelas yang boleh membezakan antara mereka sesama manusia. Justeru itu, masyarakat Melayu pada masa itu telahpun menerima ketamadunan Islam dan berfikiran secara terbuka. Maka, masyarakat pada masa itu bebas untuk menggunakan, membuat serta memakai peralatan tekat yang sebelumnya menjadi larangan. Maka akhirnya, tekatan atau Seni Tekat sudah menjadi milik bersama tidak kira golongan diraja mahupun rakyat biasa.9
Seni tekat telah berkembang dan tersebar hampir di seluruh Malaysia. Antara negeri-negeri yang terkenal dengan seni tekat atau tekatan selain di negeri Perak ialah, di Klang, Selangor, diPekan, Pahang dan di Muar, Johor.Jika kita lihat semula dari penumpuan daerah-daerah yang disebutkan tadi, apa yang menariknya ialah, kesemua daerah-daerah tumpuan tersebut merupakan bandar-bandar diraja.Hingga ke hari ini, seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri paling banyak sekali mengusahakan hasil kraf seni tekat timbul benang emas.10
Untuk menghasilkan sebuah tekat bukanlah suatu proses yang mudah. Ianya begitu rumit dan perlu dilakukan dengan berhati-hati. Malah, proses tekat memakan masa yang agak lama untuk dihasilkan dengan selengkapmya. Bahan-bahan asas untuk menghasilkan seni tekat terdiri daripada bahan-bahan yang halus dan mewah. Bahan-bahan tersebut ialah kain baldu, benang emas, coban, pemidang, benang putih, rotan sega, kertas tebal dan kanji atau gam.11 Alat-alat sampingan lain yang digunakan untuk persiapan tekat termasukklah jarum jahit, pisau untuk memotong lapisan kertas mempulur dan papan sebagai alas memotong.12
            Secara ringkasnya proses penciptaan tekat dimulakan dengan menyiapkan pemidang iaitu dengan menegangkan kain putih. Kemudian diikuti pula dengan menyediakan mempulur atau isi tekat dari kertas atau rotan sega. Setelah persiapan ini selesai barulah proses menyulam atau penciptaan tekat dilakukan.13 Namun begitu, proses tekat sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu persiapan awal dan proses menyulam.14
Proses ini bermula dengan persiapan pemidang. Sama ada pemidang berkaki ataupun tidak, kedua-duanya dimulakan dengan menegangkan kain putih ke atasnya. Bahagian keliling kain putih yang berukuran panjang persegi dimasukkan batang panjang yang telah dihaluskan. Kaedah ini dilakukan untuk membuat telinga kain, kain putih kemudian diikatkan ke bingkai pemidang. Cara ini akan memastikan kain putih tersebut menjadi tegang. Seterusnya kain baldu akan dilekatkan di atas kain putih dengan menyembat kasar.15
Selepas proses penyiapan pemidang selesai, kita perlu membentuk mempulur. Mempulur atau tempulur ialah isi tekat untuk motif dan ragam hias.16 Bentuk motif atau corak dilukis di atas beberapa helai kertas yang telah ditindih dan dilekat, biasanya enam hingga lapan helai kertas digunakan untuk menjadikan tempulur tebal dan tak mudah patah. Potongan-potongan mempulur inilah yang dilekatkan di atas kain dasar tekat sebelum proses menyulam benang emas dimulakan. Mempulur yang dibuat dengan kertas biasanya digunakan untuk membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik. Melalui potongan kertas atau mempulur ini, benang-benang dapat disulam mengikut liuk dengan meninggalkan kesan lembut dan menambahkan kehalusan bentuk motif yang dicipta. Selain daripada kertas, mempulur boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan rotan sega dan bilah-bilah buluh. Biasanya, mempulur yang menggunakan rotan sega atau buluh digunakan untuk menjadi isi tekat kepada ragamhias yang besar dengan corak-corak tegas dalam gaya geometri. Selain daripada menggunakan kertas, rotan sega dan buluh, mempulur juga boleh dilakukan dengan menggunakan benang yang dikampuh atau dikembar beberapa jalur. Motif yang dihasilkan dengan menggunakan mempulur jenis ini berbentuk kecil dan lembut.17
Proses seterusnya ialah proses menyulam. Proses ini merupakan tahap paling penting dalam penghasilan seni tekat. Menyulam di sini membawa maksud menutup corak atau mempulur dengan menggunakan benang emas. Kerja menyulam ini dilakukan dengan menggunakan coban. Sebatang jarum tangan yang halus dan benang halus berwarna putih juga diperlukan ketika menekat benang emas itu. Ukuran jarum yang digunakan akan menentukan ikatannya tidak kasar dan meninggalkan kesan lubang. Benang emas kemudiannya dijahit menutupi mempulur dan tembus ke bawah kain baldu yang kemudiannya akan diikat jahit dengan benang putih. Namun begitu, benang putih tidak boleh kelihatan pada kain baldu dan benang emas pula mesti disulam secara rapat-rapat dan menutupi seluruh bahagian mempulur. Proses ini diulang sehingga semua mempulur ditutupi rapat dengan benang emas.18
Akhirnya selesailah proses menekat. Hasilnya ialah benang emas timbul di atas kain baldu. Hasil tekatan yang cantik dan indah dapat dilihat daripada kehalusan pembuatannya. Tekatan yang cantik ialah tekatan yang memenuhi bahagian mempulur dengan benang emas.19
            Secara teorinya, rupa bentuk tekatan terbahagi kepada dua, iaitu rupa bentuk dua dimensi dan rupa bentuk tiga dimensi. Rupa bentuk dua dimensi mempunyai permukaan yang datar, kecuali setelah dibentuk menjadi pakaian. Motif yang telah siap ditekat juga berbentuk datar, iaitu ragam hiasatau coraknya dijahit di atas permukaan. Sebagai contohnya, tikar, lemudi pintu, penyangkut kelambu, selempang dan kipas. Bagi rupa bentuk jenis tiga dimensi pula terbentuk dari sulaman bertekat yang digunakan untuk menutupi acuan atau rangka yang mempunyai ruang, rongga dan permukaan atas, bawah, kiri dan kanan. Contoh bagi tekat yang menggunakan rupa bentuk tiga dimensi ialah, kotak tembakau, sarung bantal, sarung keris dan kasut. Pembuatan tekat bagi rupa bentuk tiga dimensi lebih rumit berbanding pembuatan tekat dua dimensi.20
            Terdapat dua jenis ragam hias yang sering digunakan oleh tukang tekat, iaitu sulaman penuh dan sulaman pahat. Sulaman penuh merupakan ragam hias yang digunakan untuk menutupi mempulur yang dibuat dengan menggunakan kertas tebal. Mempulur ini berukuran antara 0.7sm hingga 0.5sm. Benang emas akan disusun dan disulam dengan rapatnya supaya tidak nampak bentuk mempulurnya. Kebanyakan motifnya dibentuk dengan susunan panjang lancip dan halus. Manakala, bagi ragam hias tekat jenis sulaman pahat pula digunakan untuk mempulur bersaiz besar, berukuran 0.5sm hingga 1.5 meter. Sebagai contoh, untuk membuat daun keladi, benang emas perlu ditekat pada jarak yang sama seperti mempulur kecil. Untuk itu, tukang tekat harus memendekkan langkau benang emas pada bahagian tengah daun, dengan cara menyulam setengah-setengah sehingga permukaan mempulur tertutup. Cara sulaman begini akan menghasilkan tekatan yang kelihatan berukuir dan berongga pada permukaan daun.21
            Motif adalah unsur utama dalam ragam hias. Bentuk motif dalam ragam hias tekat terdiri dari unsur alam iaitu unsur tumbuhan, unggas dan geometri. Contoh motif tumbuhan ialah daun pucuk paku, daun peria, daun keladi, daun padi dan pucuk rebung. Motif geometri ialah unsur-unsur alam yang dipilih sebagai motif dan dipersembahkan dalam gaya geometri. Motif ini telah lama wujud, tetapi coraknya berbeza-beza kerana penciptaan motif ini dipengaruhi oleh faktor keadaan alam. Setelah melalui berbagai zaman, maka secara umumnya motif ini boleh dibahagikan tiga jenis kumpulan, iaitu gaya geometri asli, gaya geometri alam dan gaya geometri gubahan. Contoh asas bagi motif geometri ialah seperti segi tiga, segi empat, kisi-kisi, swastika (motif paling popular) yang berbentuk ‘S’ dan garis lurus. Motif jenis unggas pula begitu terbatas penciptaannya jika dibandingkan dengan unsur tumbuhan. Dari beberapa contoh tekat di muzium negara, didapati hanya sehelai tikar panca yang menggunakan unsur burung sebagai motif utama. Bentuk motif dari unsur ini telah diubahsuai hingga melihatkan kesan awan larat. Ia disusun dengan motif bunga dan daun sebagai tambahan unsur burung. Walaubagaimanapun, proses penyulaman memastikan bahawa motif akan meninggalkan kesan lembut pda setiap sulaman. Oleh itu, unsur motif adalah sebagai perantara untuk menimbulkan kehalusan seni tekat sebenarnya. Hampir kesemua daripada contoh yang dikaji, merupakan motif-motif yang digabung dalam satu susunan hingga menimbulkan kesan kesatuan yang harmoni.22 Walau apapun bentuk motif yang dipilih oleh tukang tekat, yang penting ialah cara motif atau bentuknya disusun sehingga menimbulkan kesan lembut dan menarik. Biasanya untuk tujuan ini tukang tekat akan menggabungkan beberapa motif dalam satu hasil tekatan. Misalnya, unsur tumbuhan atau flora dan unsur binatang atau fauna digabungkan bersama dengan unsur geometri, hasilnya adalah satu kesan yang harmoni, hingga tidak menampakkan unsur geometri.23
            Seni tekatan merupakan warisan budaya Melayu yang tinggi nilainya, tidak sahaja cantik dan unik dipandang mata tetapi juga mempunyai simbolismenya yang tersendiri. Menurut Kamus dewan edisi keempat simbolisme ialah lambang untuk melahirkan atau menyampaikan sesuatu atau sepekara yang menonjol. Setiap bahan yang digunakan mempunyai makna disebaliknya, terutama bahan pada hasil tekatan itu, seperti benang emas, warna kain baldu dan motif yang terhasil. Kesemuanya menunjukkan tindak balas masyarakatMelayu terhadap unsur alam di sekelilingnya. Orang Melayu begitu peka terhadap warna alam dan mereka bijak menggabungkan warna-warna itu sehingga mewujudkan kesan harnoni dalam hasil seni tekat mereka. Tukang-tukang tekat begitu gemar menggunakan warna kain baldu yang garang seperti warna hitam dan merah. Warna-warna ini adalah lambang keberanian dan ketegasan. Benang emas putih dan kuning pula melambangkan wujudnya pengaruh Hindu yang kuat di kalangan orang Melayu sebelum kedatangan agama Islam. Mengenai motif pula, tukang tekat gemar mengambil motif bunga-bungaan untuk dijadikan motif tekat mereka. Ini membuktikan bahawa jiwa orang Melayu lemah lembut dan cinta pada kedamaian jelas ditonjolkan.24
Dalam melakukan tekatan, terdapat tiga cara bagaimana sesuatu motif itu disusun untuk meninggalkan kesan yang halus. Walaupun motif tekatan adalah peniruan unsur alam, tetapi untuk menjadikannya “lebih hidup” maka unsur melebih-lebihkan keadaan alam dilakukan agar menjadi lebih indah. Maka bentuk susunan memainkan peranan yang penting. Terdapat tiga cara susunan dalam tekatan, iaitu susunan sulur bayung atau sulur bakung, susunan tunggal dan susunan awan larat.
Susunan tunggal menggunakan motif secara sendirian atau secara tunggal, misalnya motif bunga. Motif bunga biasanya akan digabungkan dengan motif lain seperti daun, bentuk pucuk dan bentuk dahan untuk menghasilkan setangkai bunga. Susunan begini selalu digunakan untuk permukaan persegi seperti sarung kusyen dan sarung bantal.
Susunan sulur bayung atau sulur bakung terbentuk daripada penyusunan menjalar seperti motif tumbuhan melata. Bentuk motif yang digunakan di dalam susunan sulur buyung ialah motif bunga, putik dan daun. Setiap bentuk motif akan disusun secara seimbang. Sebagai contohnya, sekuntum bunga disulam di bahagian tengah, manakala bahagian kiri dan kanannya pula disulam dengan motif daun sehingga memenuhi permukaan kain baldu. Susunan begini sering digunakan untuk menghiasi kain tekat kemudi, bendul, pelamin dan peterana.
Susunan awan larat pula terbentuk melalui penyusunan penuh yang mengisi seluruh permukaan dasar dengan menggunakan motif tumbuhan dan unggas. Setiap motif disulami saling barkait dan bersentuhan antara satu sama lain, hingga sukar ditentukan di mana punca atau awal sulamannya. Punyusunan ini dikatakan sebagai susun awan larat kerana motif yang digunakan tidak lagi memperlihatkan bentuk motif yang jelas. Sebaliknya, ia merupakan susunan lingkaran melengkung, meliuk dan berkerawang. Menekat dengan menggunakan susunan ini memerlukan masa yang lama dan kemahiran yang tinggi kerana motif yang digunakan adalah lebih kecil dan halus. Tekatan jenis ini amat menarik dan harganya juga adalah mahal. Lantaran itu susunan tekat jenis susun awan larat hanya akan dibuat sekiranya ada tempahan sahaja.25
            Pada masa dahulu,penggunaan barangan tekatan, terutama pakaian di kalangan masyarakat Melayu adalah sangat terhad. Hal ini kerana pada masa dahulu hanya golongan diraja yang mendominasi penggunaan tekat. Pada masa itu, tekat hanya digunakan dalam majlis-majlis rasmi oleh golongan-golongan diraja kerana sifat tekat yang mewah.26 Tetapi seiring dengan perubahan zaman, barangan tekatan telah digunakan secara meluas dalam kalangan masyarakat Melayu. Penggunaannya sangat menonjol dalam upacara perkahwinan, baik dalam kalangan kerabat diraja mahupun dalam kalangan golongan kebanyakan. Di samping itu, seni tekat dapat dilihat di dalam upacara seperti khatam Al-Quran, berkhatan, merisik, bertindik dan banyak lagi. Dalam upacara perkahwinan, hampir keseluruhannya menggunakan barangan tekat. Sebagai contohnya, tekatan digunakan sebagai peralatan pelamin yang terdiri daripada kelambu, tempat letak tangan dan kaki, bantal dan sebagainya. Bagi mempelai pula, mereka akan mengenakan pakaian yang berasaskan tekat ataupun pakaian songket dan seterusnya bagi mempelai perempuan akan depadankan sekali dengan kasut bertekat. Malah, bilik mempelai juga tidak ketinggalan dihiasi dengan tekatan yang terdiri daripada kemudi pintu, tutup kekuda, lemudi katil, tikar sembahyang dan banyak lagi. Kegunaan tekat dalam adat istiadat perkahwinanMelayu menggambarkan mempelai sebagai raja sehari kerana pada dahulu kala hanya golongan diraja sahaja yang dibenarkan menggunakan tekat. Di dalam majlis berkhatam Al-Quran  dan berkhatan, tekatan digunakan sebagai cior untuk kanak-kanak lelaki membaca Al-Quran dan bersanding di atas pelamin mini. Bagi majlis cukur jambul pula, tekatan digunakan sebagai kelambu, bantal dan alas tilam bayi. Majlis-majlis yang menggunakan barang-barang bertekat menjadi lebih berseri dan menarik. Selain itu, tekat juga digunakan sebagai alat perhiasan dan barang keperluan di dalam rumah. Sebagai contohnya, pelapik kusyen, bantal, hiasan dinding, tudung saji dan lain-lain lagi.27 Walau bagaimanapun, jika kita tinjau semula zaman dahulu kala, fungsi tekat masih terbatas. Tekat hanya digunakan sebagai kelengkapan untuk istiadat dan upacara tertentu. Biasanya tekat digunakan sebagai kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Al-Quran dan seumpamanya. Secara umumnya, dalam kalangan kerabat diraja, tekat digunakan sebagai pakaian kebesaran dan hiasan seharian. Namun begitu, penggunaan tekat dalam kalangan masyarakat biasa pada masa itu agak terbatas kerana bahan asasnya merupakan bahan yang mewah. Malah penciptaannya juga memakan masa yang agak lama dan hasilnya yang dekoratif serta indah memerlukan penjagaan yang rapi apabila digunakan.28
            Walaupun sehingga hari ini tekatan masih dibuat, terutamanya di Perak, namun pembuatan tekat pada masa kini hanya dijadikan sebagai pekerjaan dan pendapatan sambilan sahaja. Hal ini kerana permintaan tekat kini kurang memberangsangkan dan tidak mendapat sambutan yang positif oleh orang ramai. Oleh itu, para penekat terpaksa melakukan pekerjaan lain untuk menyara kehidupan mereka. Keadaan begini secara tidak langsung menyebabkan generasi muda pada hari ini tidak berminat untuk mempelajarinya. Jika keadaan ini terus dibiarkan, tidak mustahil seni tekat ini akan dilupakan dan ditelan zaman.29 Justeru itu, tindakan segera perlu diusahakan agar seni tekatan tidak terus dilupakan dan dapat dikeluarkan secara komersial. Institut-intitut pengajian tinggi perlu menambahkan sesi kokurikulum mereka dengan memperkenalkan kelab dan persatuan budaya-budaya Malayu supaya dapat mengembalikan semula seni tekat kepada generasi muda pada hari ini.
            Warisan kita tanggungjawab kita. Nenek moyang kita yang menciptanya, kita yang harus mengekalkannya. Jika kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu warisan ini tenggelam dalam arus perdana ini, ke mana akan kita gapai kehidupan sebenar? Apakah erti sebenar kehidupan ini jika kita hanya mampu merosakkan yang baik dan membinasakan yang murni? Marilah kita sama-sama menggembleng tenaga demi memastikan warisan kita terus berdiri teguh di belakang kita sebagai warisan yang tidak boleh dijual beli oleh bangsa lain. Slogan Satu Malaysia harus dijadikan pegangan demi kehidupan yang lebih bersatu dan padu. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!
Konklusinya, seni tekat merupakan salah satu warisan negara Malaysia yang perlu dipelihara dan disanjungi oleh seluruh masyarakat Malaysia. Seni tekat adalah antara seni budaya yang menjadi kebanggaan negara dan harus dikekalkan agar tidak hilang ditelan zaman. Justeru itu, kita sebagai orang Malaysia yang berbilang kaum perlu menghargai dan menerima kembali seni warisan nenek moyang kita.Kegagalan untuk mengekalkan kebudayaan sendiri boleh menyebabkan imej negara dan masyarakat itu sendiri akan musnah dalam sekelip mata sahaja. Bak kata pepatah 'tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan' yang membuktikan betapa pentingnya kebudayaan sesebuah bangsa itu dalam kehidupan.


NOTA HUJUNG
1.         Abdullah Zakaria Ghazali dan Muhd Radzi Hj. Ahmad, Perak Warisan Budaya dan Sejarah(United Selangor Press Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2011), h.129
2.         DBP,Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua(DBP, 2008), h.87
3.         Kucc, Kerana Aya Sofia Bab 8(2011), http://cetera-kucc.blogspot.com/2011/11/kerana-aya-sofya-bab-8.html
4.         Syed Ahmad Jamal, “Tekatan”, Rupa dan Jiwa, (1992): h.95
5.         Kucc, Kerana Aya Sofia (2011), http://cetera-kucc.blogspot.com/2011/11/kerana-aya-sofya-bab-8.html
6.         Ieezal, Seni Tekat (2011), http://pendidikan-senivisual.blogspot.com/2010/08/seni-tekat.html
7.         Abdullah Zakaria Ghazali dan Muhd Radzi Hj. Ahmad, Perak Warisan Budaya dan Sejarah (United Selangor Press Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2011), h.129
8.         Siti Zainon Ismail, “Bab V Seni Tekat”,Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi, (1986)h.238-240
9.         Ibid. h.130
10.       Ibid. h.131
11.       Dato’ Hj Sulaiman Othman et. Al., “The Art Of Embroidery”, The Crafts of Malaysia, (1994) h.143
12.       Ibid. h.244
13.       Ibid. h.245
14.       Ibid. h.134
15.       Siti Zainon Ismail, “Bab V Seni Tekat”, Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi, (1986) h.244
16.       Rujukan daripada hasi temu bual bersama Alang Aminah
17.       Siti Zainon Ismail, “Bab V Seni Tekat”, Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi, (1986) h.244-246
18.       Abdullah Zakaria Ghazali dan Muhd Radzi Hj. Ahmad, Perak Warisan Budaya dan Sejarah(United Selangor Press Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2011), h.136
19.       Shahrudin Mohd Nor, “Design Magazine Malaysia Craft Design Experience ‘96” (Malaysia Handicraft Development Corporation, 1996), h.101
20.       Ibid. h.139
21.       Ibid. h.139
22.       Siti Zainon Ismail, “Bab V Seni Tekat”, Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi, (1986) h.256-258
23.       Abdullah Zakaria Ghazali dan Muhd Radzi Hj. Ahmad, Perak Warisan Budaya dan Sejarah (United Selangor Press Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2011), h.142
24.       Ibid. h.142
25.       Ibid. h.143-144
26.       Rujukan daripada hasi temu bual bersama Alang Aminah
27.       Abdullah Zakaria Ghazali dan Muhd Radzi Hj. Ahmad, Perak Warisan Budaya dan Sejarah (United Selangor Press Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2011), h.147
28.       Siti Zainon Ismail, “Bab V Seni Tekat”, Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi, (1986) h.240
29.       Abdullah Zakaria Ghazali dan Muhd Radzi Hj. Ahmad, Perak Warisan Budaya dan Sejarah (United Selangor Press Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2011), h.148



BIBLIOGRAFI
Abdullah Zakaria Ghazali dan Mohd. Radzi Hj. Ahmad. “Seni Tekat.” Perak Warisan Budaya dan Sejarah. Selangor : United Selangor Press Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2011
Dato’ Hj. Sulaiman Othman, Hj. Rudin Salinger, Khoo Joo Ee, Mohd Kassim Hj. Ali, Patricia Regis, Yeoh Jin Leng. “The Art Of Embroibery” The Craft Of Malaysia. Singapore : Tien Wah Press, 1994
Kucc. 2011. Kerana Aya Sofia Bab 8. http://cetera-kucc.blogspot.com/2011/11/kerana-aya-sofya-bab-8.html
Shahrudin Mohd Nor. Design Magazine Malaysia Craft Design Experience ’96. Selangor: Malaysia Handicraft Development Corporation, 1996
Siti Zainon Ismail. “Seni Tekat.” Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Bab V. Selangor : DBP (1986)
Syed Ahmad Jamal, “Tekatan.” Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur : Harian (Zulfadzli) Sdn. Bhd, 1992
Ieezal. 2011.Seni Tekat. http://pendidikan-senivisual.blogspot.com/2010/08/seni-tekat.html
Wartawan akhbar Metro. 2012/06/29. Tekat Benang Emas.http://www.hmetro.com.my/articles/Tekatbenangemas/Article




Labels: MAISARAH ISMAIL, PBS SJ


★ my fav blogger ★

Matlutfi Maria Elena Yuyu Zulaikha Nisa Kay Hanis Zalikha Cik Epal Cik Nadia Bayu Irine Nadia Marcello Fatin Liyana Anuar Hadi FukkenLol Dena Bahrin

archives

February 2013 March 2013 April 2013 June 2013 September 2014 July 2015
★ who say students can't gossip? ★



Lai Lai Sembang-Semabang
Kita Gossip Gossip :D Kita-Kita Je !

★ Dear reader ★

dear readers..
u are free to take anything here..
i really dont mind if u wanna share or copy my entries or my words..
and you can do it without seeking my approval..
and u can do it without crediting to me..
i really dont mind because all ideas i got..its belong to Allah not mine..