★ Maisarah is my Name ★
hello! this is my Blog.
So let me introduce a bit about myself here, I'm a shy girl but extra confidance. who simply love going to school.
I mean, school is such an interesting place, why wouldn't anyone love going to school? :D we can get a lot of
KNOWLADGE
There are
kind teachers, and my favourite of all time,
HOMEWORK!
Wow, homeworks totally rock my socks off! Ok I want to be honest to uolls "my blog is nothing..if you want something..uolls can open wikipedia web"
want to reach me ?
Tumblr,
Facebook,
Gmail &
Twitter
Sunday 24 February 2013/ -13:20:00
Apa Salah Saya Jika Saya Remaja ???
ASSALAMUALAIKUM hai semua yang sedang membuka mata di skrean... ;) hari ini sara nak share sebuah penulisan kawan sara yg bertajuk "APA SALAH SAYA JIKA SAYA REMAJA"
terimalah sebuah karya yg ditulis oleh F.BUKHARI
KEPADA SEMUA YANG MERASAKAN MEREKA REMAJA, DAN BENGANG DEK SELALU DIKAITKAN DENGAN MASALAH SOSIAL, INILAH KARYA YANG INSYAALLAH MEMBELA ANDA. TERIMALAH 'APA SALAH SAYA JIKA SAYA REMAJA'
Haa… tajuk macam nampak tuju ke batang hidung sendiri, tapi sebenarnya post ini dibuat sebagai simbolik kepada luahan perasaan segenap remaja di luar sana. Remaja, selalu dan sering dianggap satu komunti yang tidak berupaya mengeluarkan fikiran yang bernas. Setiap perbuatan melalaikan, tidak berfaedah, dan gejala-gejala negatif sosial, semua akan dikaitkan dengan remaja. Remajalah punca segala permasalahan. Remajalah lubuk zina berlaku. Remajalah yang melakukan noda di Malaysia. Asal remaja, mesti akan ada masalah. Asal ada masalah, remaja mesti akan terlibat? Apa, kalau dewasa, kira hebat dah la?
Itulah antara apa yang berkisar dalam kalangan mentaliti kita. Orang kata, remaja ini perlu dikawal mindanya agar tidak terpengaruh. Remaja ini ibarat kertas, senang sangat dicanting oleh pelbagai anasir. Ya, mungkin ada betulnya. Tapi cuba fikir dan selami apa yang kami mahu cakap.
Kami remaja, saya remaja, dan ramai kawan saya remaja. Kami hidup sama saja dalam dimensi dengan kalian. Kenapa kami suka mencari alternatif? Kami suka internet daripada media massa. Kami suka mengeluarkan idea mengikut cara kami dan bukan cara anda. Kami memandang cara kami sebagai normal, tetapi tak semestinya normal kepada anda. Kami bebas memilih untuk kami bergaul dengan peringkat umur kami kerana kami adalah REMAJA.
Kenapa? Sebab kami bosan menjadi bahan eksperimen orang di atas kami. Kenapa kalau remaja yang bershuffle dianggap tak ada masa depan? Sebab apa? Memanglah anda tak buat, tapi salahkah orang lain buat? Pada kami, selagi kami tak melakukan larangan Allah dan norma manusia, kami rasa ia tidak salah. Ni, kami nak tanya, apa yang seronok sangat duk bergaduh pasal politik? Sebab patriotism?
Sebab orang berpolitik adalah orang yang matang? Habis kami tak matang kalau tak fikir pasal berpolitik? Kalau kami rasa anda tidak matang dengan politikus yang menghentam sesama sendiri adakah kami dianggap ‘berhaluan kiri’? Kalau kami kata anda dan politik menghentam sesama bangsa dan agama dan masyarakat itu tidak ada masa depan sama seperti anda menuduh kami yang bershuffle tidak ada masa depan? Anda marah? Kami marah. Sudah pasti anda juga marah. Lepas itu, kenapa senang sangat tuduh kami tak ada wawasan? Saya bagi satu analogi. Kanak-kanak hampir semua suka tengok Doraemon. Saya dan kebanyakan remaja suka.
Kebanyakan puak-puak anda cakap tak ada faedah tengok Doraemon. Tak ada unsur ilmiah dan intelek. Tengok berita baru akan mendapat info berguna. Pernah tak anda terfikir? Kami tengok sebab kami mahukan satu bentuk alternatif untuk keluar dari kotak yang dikawal puak-puak anda. Pernah terfikir, dalam sejam Berita di setiap saluran, berapa peratus dibincangkan mengenai Remaja dan kanak-kanak secara ilmiah? Tahu apa yang ada pasal kami? ‘Remaja ditangkap khalwat’, ‘Remaja lari rumah’, ‘Remaja gangster’!. Memang bagus sebab tunjuk realiti sebenar.
Tapi ada pembaca berita dekat hujung berita cakap, ‘Kepada semua remaja, dan orang lain juga tidak kira umur, bangsa, dan agama, sila ambil iktibar dari apa yang kami tunjukkan’? Ada tak? Habis tu, sebab apa stesyen TV tunjuk jugak? Sebab rating! Masyarakat Malaysia kebanyakan semua suka berita panas. Kalau tak, tak adalah program sensasi macam waktu hari Ahad tu popular. Dan, atas sebab inilah jangan tanya mengapa kami lebih suka mengosongkan jiwa dan pemikiran kami daripada unsur-unsur yang anda cuba doktrinkan kepada kami. Remaja adalah merupakan komuniti yang wajar dididik, bukannya diherdik.
Kami mahukan perubahan oleh orang-orang di atas kami. Kami muak dengan agenda kalian yang konon-kononnya mengambil berat mengenai kami walhal kalian sibuk memikirkan kuasa. Kepada puak-puak tersebut, yang ada kuasa, yang ada ilmu tinggi, ingatlah pesanan ini, ‘Jika anda lihat orang bodoh, jangan hina kerana orang bodoh itu melakukan kesalahan dalam keadaan tidak mengetahui, tapi anda yang pandai membuatnya dalam keadaan serba tahu, Jangan hina orang yang lebih muda kerana orang yang lebih muda dari anda melakukan lebih sikit dosa daripada anda’. Wallahualam. –F.Bukhari-
jadi apa pandangan korang ;)
sekian saja perkongsian sara hari ini...
wassalaaam
Tuesday 19 February 2013/ -17:33:00
Tidak Pernah Tengok Wayang .
Hi World !
hari ni sara nak cerite tentang perkara yang tidak pernah sara buat..
Mungkin perkara ini ramai yang tak pernah buat..
iaitu Tidak pernah menonton wayang..
eh sara pernah tengok wayang tapi tak pernah pergi panggung wayang . heeeee :D
Ramai yang kate seronok tengok wayang !
OMG OMG cerite tadi MEMANG best !
huh best sangat ke tengok wayang ...
nanti lau nak terkencing cam mane? lau nak keluar macam mane? lau nak termuntah macam mane?
tak boleh pause dulu ke cerite tu?
hahaha teruk kan soalan tu. sara yakin semua soalan sara tu ada solusinya. cume sara je yang terlebih fikir.
Sejujurnya sara memang tak suka tengok wayang, walaupun sara tidak pernah jejak kaki ke sana..
Pun begitu tak bermakna sara tak akan ke sana. insyaallah satu hari nanti sara akan paksa punggung sara duduk kat dalam panggung wayang tu :D heeeeeee
BERIKUT ADALAH AMARAN KEPADA PENONTON WAYANG !