✿ ✿ ✿ ✿ ✿
★ Maisarah is my Name ★

hello! this is my Blog. So let me introduce a bit about myself here, I'm a shy girl but extra confidance. who simply love going to school. I mean, school is such an interesting place, why wouldn't anyone love going to school? :D we can get a lot of KNOWLADGE There are kind teachers, and my favourite of all time, HOMEWORK! Wow, homeworks totally rock my socks off! Ok I want to be honest to uolls "my blog is nothing..if you want something..uolls can open wikipedia web"
want to reach me ?

Tumblr, Facebook, Gmail & Twitter
Wednesday, 17 April 2013/ -17:59:00

PENGENALAN (perkongsian PBS PA)


Assalamualaikum uooolls, 
hari ini sara share Pengenalan + Penyataan Masalah Pula

Pengenalan Pengajian AM *Tema Perniagaan :)


1.0  PENGENALAN
Saya telah memilih tema ‘ekonomi perniagaan’ bagi menghasilkan dan melengkapkan kajian saya. Hal ini kerana perniagaan merupakan salah satu aktiviti atau pekerjaan yang mendominasi lain-lain aktiviti dan pekerjaan di muka bumi ini. Perniagaan juga merupakan salah satu bentuk aktiviti yang menguntungkan sekiranya peniaga bijak menggunakan strategi. Maka tidak hairanlah mengapa aktiviti perniagaan banyak diusahakan oleh masyarakat tidak kira usia dan jantina. Malah melalui perniagaan ini telah melahirkan banyak manusia yang kaya-raya sehingga ada yang menjadi Jutawan Dunia.

Secara teorinya, perniagaan merupakan suatu kegiatan usaha individu yang terorganisasi untuk menghasilkan dan menjual barangan dan perkhidmatan bagi mendapatkan keuntungan dalam memenuhi keperluan masyarakat. Antara lain definisi perniagaan ialah sesuatu kontrak (akad atau perjanjian). Sebagai contoh, penjual akan menjual atau memasarkan segala produk yang ada dan terpilih manakala pembeli atau pelanggan akan membeli barangan mengikut keperluan dan kehendak, maka berlakulah urusan pertukaran antara wang dan produk.

Dari sudut pandangan Islam pula, perniagaan dalam istilah fiqah ialah ‘jual beli’. Pernigaan dalam pengertian syarak ialah pertukaran barang dengan barang, atau harta dengn harta, atau harta dengan barang, dengan persetujuan kedua-dua belah pihak di antara penjual dan pembeli atau pertukaran milik dengan gantian (bayaran atau mubadalah), mengikut cara-cara yang di izinkan oleh syarak’. Lebih jelas lagi perniagaan merupakan pertukaran dalam bentuk wang dengan barang, atau barang dengan barang atau kontrak pertukaran barang dengan barang dengan tujuan mendapatkan keuntungan.

Bagi perniagaan yang dikaji oleh saya pula bersifat sebagai perniagaan kiosk dan merupakan sebuah perniagaan francais. Perniagaan Burger Mat Salai Pulai Jaya merupakan sebuah perniagaan burger yang dibina daripada syarikat induknya iaitu perniagaan Burger Mat Salai Sdn Bhd. Mat Salai Sdn Bhd adalah sebuah syarikat 100% Bumiputera dan merupakan sebuah perniagaan burger yang diiktiraf oleh kerajaan. Program inovatif  ini selaras dengan seruan kerajaan untuk melibatkan belia-belia yang mengganggur untuk menceburi bidang perniagaan. Hal ini juga secara tidak langsung dapat menangani masalah pengangguran di kalangan belia hari ini. Perniagaan Burger kini lebih aktif dijalankan oleh para belia yang tidak mempunyai pekerjaan ataupun memilih untuk berniaga burger untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Akhir-akhir ini, perniagaan burger boleh diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Sehingga hari ini, kiosk Burger Mat Salai telah berkembang di seluruh semenanjung Malaysia dan mempunyai 1002 buah kiosk kesemuanya termasuk kiosk perniagaan Burger Mat Salai Pulai Jaya, yang terletak di Bandar Pulai Jaya.

1.1 Penyataan Masalah :
            Masalah bermula apabila wujudnya perniagaan burger lain di kawasan yang sama. Peniaga burger lain yang menjual burger dengan jenama masing-masing ternyata menggugat perniagaan burger di kawasan setempat. Hal ini secara tak langsung memberi persaingan hebat antara sesama pihak peniaga yang terlibat. Persaiangn bukan sahaja segi tarikan pelanggan, malah kualiti burger dan rasa burger juga turut memberi saingan.
Di samping itu, peniaga Gerai Burger Mat Salai juga tiada tapak perniagaan yang sesuai, jadi pengusaha terpaksa menjalankan perniagaan di perkarangan rumah milik peniaga yang juga terletak di kawasan terpinggir. Oleh hal yang demikian peniaga agak sukar untuk memancing pelanggan berkunjung di gerai mereka. Pemilihan lokasi yang tidak strategik sememangnya menjadi masalah bagi perniagaan ini. Oleh itu, jalan penyelesaian perlu dirangka dan dilaksanakan agar lokasi perniagaan tidak menggugat perniagaan burger mereka.
Bukan itu sahaja, peniaga juga mengalami pelbagai cabaran dan risiko untuk menguruskan perniagaan mereka. Antara cabaran dan risiko yang dihadapi peniaga burger ini ialah bilangan pekerja yang perlu diambil, kuantiti bahan mentah, pengekalan kualiti pembuatan burger bagi mengikut standard yang ditetapkan dan sebagainya.

Konklusinya, untuk menjalankan perniagaan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Banyak cabaran dan risiko yang perlu ditanggung oleh pihak peniaga. Para peniaga perlu mempunyai jati diri yang  kuat agar dapat terus berada di persada perniagaan dan berjaya mencapai kejayaan. Oleh itu, dengan semangat dan strategi yang hebat si peniaga mampu meningkatkan taraf kehidupan mereka, masyarakat dan negara.



Labels: MAISARAH ISMAIL, PBS PA


★ my fav blogger ★

Matlutfi Maria Elena Yuyu Zulaikha Nisa Kay Hanis Zalikha Cik Epal Cik Nadia Bayu Irine Nadia Marcello Fatin Liyana Anuar Hadi FukkenLol Dena Bahrin

archives

February 2013 March 2013 April 2013 June 2013 September 2014 July 2015
★ who say students can't gossip? ★



Lai Lai Sembang-Semabang
Kita Gossip Gossip :D Kita-Kita Je !

★ Dear reader ★

dear readers..
u are free to take anything here..
i really dont mind if u wanna share or copy my entries or my words..
and you can do it without seeking my approval..
and u can do it without crediting to me..
i really dont mind because all ideas i got..its belong to Allah not mine..