✿ ✿ ✿ ✿ ✿
★ Maisarah is my Name ★

hello! this is my Blog. So let me introduce a bit about myself here, I'm a shy girl but extra confidance. who simply love going to school. I mean, school is such an interesting place, why wouldn't anyone love going to school? :D we can get a lot of KNOWLADGE There are kind teachers, and my favourite of all time, HOMEWORK! Wow, homeworks totally rock my socks off! Ok I want to be honest to uolls "my blog is nothing..if you want something..uolls can open wikipedia web"
want to reach me ?

Tumblr, Facebook, Gmail & Twitter
Thursday, 18 April 2013/ -16:16:00

PBS yang sudah DIPERBAIKI (Pengajian Am)

Assalamualaikum wbt... :)

Alhamdulillah semalam sara dah pun bereskan PBS PA sara..
huh.. pukul 3 am baru sara dapat tidur..
sedih sangat sebab terpaksa tidur lambat... T_T

Jadi hari ini sara nak repost Sinopsis, isi kandungan dan penghargaan..

*Baru Diperbaiki....


SINOPSIS
Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau potensi perniagaan Burger Mat Salai Pulai Jaya di sekitar kawasan perumahan. Fokus kajian ini adalah untuk mengkaji sambutan penduduk setempat terhadap perniagaan burger, tahap layanan peniaga terhadap pelanggan dan cabaran yang dihadapi oleh peniaga burger untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Alat yang digunakan dalam kajian ini adalah pemerhatian, temu bual dan borang soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian utama dan berdasarkan kepada skala lima-mata Likert. Dalam kajian ini, sebanyak 75 set soal selidik telah diedarkan dan hanya 50  borang soal selidik sahaja yang dikembalikan. Data yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif yang melibatkan skor min, frekuensi dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan majoriti sampel bersetuju terhadap ketiga-tiga objektif tersebut. Ini bermakna kajian ini telah berjaya membuktikan bahawa perniagaan burger ini sememangnya mempunyai potensi untuk terus berjaya. Kajian ini mencadangkan agar peniaga meningkatkan motivasi diri, menganggotai persatuan peniaga dan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang perniagaan.
  


KANDUNGAN
Bil.
PERKARA
HALAMAN

SINOPSIS
I

KANDUNGAN
II-III

PENGHARGAAN
IV
1.0
PENGENALAN
1

1.1   Penyataan Masalah
2-3
2.0
OBJEKTIF KAJIAN
4

2.1   Mengenal Pasti Potensi Perniagaan Burger di Bandar Pulai Jaya
4

2.2   Mengenal Pasti Sambutan Penduduk Terhadap Perniagaan Burger di Bandar Pulai Jaya
4

2.3   Mengenal Pasti Tahap Layanan Peniaga Burger di Bandar Pulai Jaya Terhadap Pelanggan
4

2.4   Mengenal Pasti Cabaran Yang Dihadapi Peniaga Burger di Bandar Pulai Jaya
4-5
3.0
KONSEP KENDALIAN (Definisi Istilah)
6

3.1   Definisi Potensi
6

3.2   Definisi Perniagaan
6

3.3   Definisi Burger
6

3.4   Definisi Cabaran
7

3.5   Definisi Keuntungan
7
4.0
LOKASI KAJIAN
8

4.1   Batasan Kajian
8
5.0
KAEDAH KAJIAN
9

5.1   Kaedah Pemerhatian
9

5.2   Kaedah Temu Bual
9

5.3   Kaedah Soal Selidik
10

        5.3.1   Instrumen Kajian
11-12
6.0
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
13

6.1   Dapatan Kajian Bahagian A : Latar Belakang Responden
13

        6.1.1   Jantina Responden
14

        6.1.2   Bangsa Responden
15

        6.1.3   Umur Responden
16-17

        6.1.4   Agama Responden
18

        6.1.5   Status Responden
19-20

6.2   Dapatan Kajian Bahagian B : Berdasarkan Objektif Kajian
21

        6.2.1  Analisis Data Dan Perbincangan Sambutan Penduduk  Terhadap Perniagaan Burger
21-24

        6.2.2  Analisis Data Dan Perbincangan Layanan Peniaga Burger terhadap responden
25-27

        6.2.3  Analisis Data Dan Perbincangan Pendapat Responden Terhadap Cabaran Yang Dihadapi Peniaga Burger
28-30
7.0
RUMUSAN DAN KESIMPULAN
31

7.1   Cadangan
32

7.2   KESIMPULAN
33

RUJUKAN
34-35

LAMPIRAN
36

1)      Lampiran Foto
36-41

2)      Peta Lokasi Kajian
42

3)      Matriks Analisis Data Kualitatif (Pelanggan)
43

4)      Matriks Analisis Data Kualitatif (Pemerhatian)
44

5)      Borang Soal Selidik
45-48

6)      Surat-Surat Kebenaran Sekolah
49-50



PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya dapatlah saya menyiapkan PBS Pengajian Am ini dengan sempurnanya.

            Pertamanya saya ingin merakamkan penghargaan kepada Puan Pengetua, Puan Hajah Jamaliah Binti Ibrahim kerana telah membenarkan kami para pelajar tingkatan enam untuk membuat kajian luar. Terima kasih juga kepada beliau kerana banyak memberi motivasi kapada kami agar terus cekal menyiapkan PBS Pengajian Am ini.

Seterusnya, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan yang tulus ikhlas kepada Puan Hajah Zainon Binti Ahmad Zahari, selaku guru Pengajian Am dan sekaligus beliaulah yang telah telah membantu dan memberi bimbingan yang amat bernilai sepanjang proses penyiapan PBS ini kepada kami.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyumbangkan data-data yang berguna serta menjadi responden kaji selidik bagi menjayakan kajian ini secara sukarela.

Proses penyiapan PBS ini telah memberikan tekanan tambahan bagi keluarga saya dan kesempatan ini saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat ibu bapa saya Encik Ismail Bin Jaafar dan Puan Khairiah Binti Ruslan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberi sumbangan idea, tenaga dan sebagainya semasa proses penyiapan PBS ini dijalankan. Hal ini kerana bukan mudah untuk menghasilkan sebuah kajian yang lengkap dan sempurna tanpa bantuan mereka semua.

Akhirnya saya berdoa kepada Allah S.W.T agar mudah-mudahan hasil PBS ini dapat memberi faedah kita semua.

★ my fav blogger ★

Matlutfi Maria Elena Yuyu Zulaikha Nisa Kay Hanis Zalikha Cik Epal Cik Nadia Bayu Irine Nadia Marcello Fatin Liyana Anuar Hadi FukkenLol Dena Bahrin

archives

February 2013 March 2013 April 2013 June 2013 September 2014 July 2015
★ who say students can't gossip? ★



Lai Lai Sembang-Semabang
Kita Gossip Gossip :D Kita-Kita Je !

★ Dear reader ★

dear readers..
u are free to take anything here..
i really dont mind if u wanna share or copy my entries or my words..
and you can do it without seeking my approval..
and u can do it without crediting to me..
i really dont mind because all ideas i got..its belong to Allah not mine..