✿ ✿ ✿ ✿ ✿
★ Maisarah is my Name ★

hello! this is my Blog. So let me introduce a bit about myself here, I'm a shy girl but extra confidance. who simply love going to school. I mean, school is such an interesting place, why wouldn't anyone love going to school? :D we can get a lot of KNOWLADGE There are kind teachers, and my favourite of all time, HOMEWORK! Wow, homeworks totally rock my socks off! Ok I want to be honest to uolls "my blog is nothing..if you want something..uolls can open wikipedia web"
want to reach me ?

Tumblr, Facebook, Gmail & Twitter
Friday, 19 April 2013/ -10:48:00

Perkongsian PBS Sejarah 2013 / SENI TEKAT / Maisarah Ismail


 Seni Tekat

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas,seni warisan dan budaya perlu dipertahankan agar sentiasa releven dan diingati oleh segenap masyarakat Malaysia, terutamanya golongan muda-mudi.Masyarakat Melayu dahulu begitu kaya dengan warisan seni halus yang diwarisi sejak zaman berzaman.Tenunan, sulaman dan tekat umpamanya adalah antara seni halus yang sinonim dengan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kebudayaan.Namun begitu seni warisan ini semakin dilupakan sedikit demi sedikit oleh generasi pada hari ini.Justeru, kajian saya mengenai Seni Tekat ini adalah untuk mengembalikan semula seni budaya zaman kegemilangan nenek moyang kita kepada rakyat Malaysia agar seni budaya ini sentiasa utuh dan subur dalam sanubari kita.
Seni Tekat adalah sejenis seni pertukangan tangan Melayu tradisional yang dihasilkan dengan menyulamkan benang emas ke atas kain baldu. Seni ini juga dikenali dengan nama suji timbul, iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji.1 Selain itu, Seni Tekat atau tekatan atau sulaman tekat membawa maksud jahitan yang berbunga-bunga biasanya sebagai perhiasan pada kain.2Seni tekat termasuk dalam kategori tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang emas ke atas dasar kain jenis baldu.3 Tekatan merupakan hasil seni yang dibentuk dengan kertas yang sederhana tebal dan disalut dengan benang emas di atas kain atau baldu yang lazimnya bewarna gelap. Kesannya, berlakulah corak timbul di atas kain dasar dan inilah yang dinamakan sebagai tekat.4
Asal usul seni tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau golongan istana pada zaman dahulu kala.Penggunaan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat dalam kalangan masyarakat Cina yang berketurunan Baba Melaka.Mereka menggunakan sulaman tekat pada pakaian-pakaian mereka.Jika kita susuri sejarah Seni Tekat dengan lebih mandalam, tekat sebenarnya merujuk kepada pakaian dan bahan kelengkapan yang wujud serta berkembang di istana. Alatan yang dihiasi dengan tekat emas merupakan peralatan yang wujud di istana. Beberapa rupa bentuk tekat dicipta untuk digunakan sebagai bahan atau alat seharian dan juga sebagai pakaian rasmi sultan. Seni tekat telah berkembang di luar istana sebagai kraf tangan sambilan.5Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni tekat.Ramai pakar tukang tekat dimiliki dan dijaga oleh pihak istana.Ini adalah kerana kelengkapan istana memerlukan tekat benang emas sebagai barangan seharian mereka.Tekat benang emas menampakkan kemewahan dan keagungan kepada pemakainya atau penggunanya. Ramai pakar tekat pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana sahaja.6Pakaian bertekat adalah barang larangan. Ia tidak boleh dipakai oleh sebarangan orang, walaupun seorang hartawan, kecuali atas arahan dan kurnia raja sahaja. Pengharaman ini juga berkait rapat dengan konsep “devaraja” Hindu yang menganggap raja sebagai seorang yang berkuasa mutlak dalam agama dan adat istiadat serta kesenian.7
Asal usul penciptaan dan penggunaan tekstil tekat dianggarkan sama dengan penggunaan tekstil songket. Tekat pada masa itu merupakan ciptaan pakaian dan bahan kelengkapan yang wujud serta berkembang di istana. Pada zaman keagungan kerajaan Melayu di Melaka, sulaman benang emas juga telah diperkenalkan oleh China. Hal ini terbukti dengan penggunaan bahan-bahannya yang berkilauan, seperti labuci atau jemeki yang sememangnya memperlihatkan wujudnya pengaruh China dalam pensiptaan sulaman tekat. Penciptaan tekstil tekat pada kain sutera, kasa atau baldu tidak popular dalam kalangan kehidupan masyarakat orang-orang Melayu pada masa itu. Jelas sekali, pada masa dahulu tekat hanya boleh dipakai atau digunakan oleh orang-orang istana sahaja. Sungguhpun seseorang itu orang kenamaan ataupun bangsawan, namun mereka tidak dibenarkan untuk menggunakan atau memakai pakaian yang berasaskan tekat, kecuali dianugerahi sultan atau kerabat diraja sahaja.8
Dalam perkembangan seterusnya, seni tekat ini telah tersebar dan berkembang dalam kalangan masyarakat luar istana, iaitu rakyat biasa. Salah satu sebabnya ialah kerana berlakunya perkembangan ajaran agama Islam yang tersebar luas. Agama Islam menganggap semua umat manusia mempunyai taraf yang sama, tidak ada perbezaan kelas yang boleh membezakan antara mereka sesama manusia. Justeru itu, masyarakat Melayu pada masa itu telahpun menerima ketamadunan Islam dan berfikiran secara terbuka. Maka, masyarakat pada masa itu bebas untuk menggunakan, membuat serta memakai peralatan tekat yang sebelumnya menjadi larangan. Maka akhirnya, tekatan atau Seni Tekat sudah menjadi milik bersama tidak kira golongan diraja mahupun rakyat biasa.9
Seni tekat telah berkembang dan tersebar hampir di seluruh Malaysia. Antara negeri-negeri yang terkenal dengan seni tekat atau tekatan selain di negeri Perak ialah, di Klang, Selangor, diPekan, Pahang dan di Muar, Johor.Jika kita lihat semula dari penumpuan daerah-daerah yang disebutkan tadi, apa yang menariknya ialah, kesemua daerah-daerah tumpuan tersebut merupakan bandar-bandar diraja.Hingga ke hari ini, seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri paling banyak sekali mengusahakan hasil kraf seni tekat timbul benang emas.10
Untuk menghasilkan sebuah tekat bukanlah suatu proses yang mudah. Ianya begitu rumit dan perlu dilakukan dengan berhati-hati. Malah, proses tekat memakan masa yang agak lama untuk dihasilkan dengan selengkapmya. Bahan-bahan asas untuk menghasilkan seni tekat terdiri daripada bahan-bahan yang halus dan mewah. Bahan-bahan tersebut ialah kain baldu, benang emas, coban, pemidang, benang putih, rotan sega, kertas tebal dan kanji atau gam.11 Alat-alat sampingan lain yang digunakan untuk persiapan tekat termasukklah jarum jahit, pisau untuk memotong lapisan kertas mempulur dan papan sebagai alas memotong.12
            Secara ringkasnya proses penciptaan tekat dimulakan dengan menyiapkan pemidang iaitu dengan menegangkan kain putih. Kemudian diikuti pula dengan menyediakan mempulur atau isi tekat dari kertas atau rotan sega. Setelah persiapan ini selesai barulah proses menyulam atau penciptaan tekat dilakukan.13 Namun begitu, proses tekat sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu persiapan awal dan proses menyulam.14
Proses ini bermula dengan persiapan pemidang. Sama ada pemidang berkaki ataupun tidak, kedua-duanya dimulakan dengan menegangkan kain putih ke atasnya. Bahagian keliling kain putih yang berukuran panjang persegi dimasukkan batang panjang yang telah dihaluskan. Kaedah ini dilakukan untuk membuat telinga kain, kain putih kemudian diikatkan ke bingkai pemidang. Cara ini akan memastikan kain putih tersebut menjadi tegang. Seterusnya kain baldu akan dilekatkan di atas kain putih dengan menyembat kasar.15
Selepas proses penyiapan pemidang selesai, kita perlu membentuk mempulur. Mempulur atau tempulur ialah isi tekat untuk motif dan ragam hias.16 Bentuk motif atau corak dilukis di atas beberapa helai kertas yang telah ditindih dan dilekat, biasanya enam hingga lapan helai kertas digunakan untuk menjadikan tempulur tebal dan tak mudah patah. Potongan-potongan mempulur inilah yang dilekatkan di atas kain dasar tekat sebelum proses menyulam benang emas dimulakan. Mempulur yang dibuat dengan kertas biasanya digunakan untuk membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik. Melalui potongan kertas atau mempulur ini, benang-benang dapat disulam mengikut liuk dengan meninggalkan kesan lembut dan menambahkan kehalusan bentuk motif yang dicipta. Selain daripada kertas, mempulur boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan rotan sega dan bilah-bilah buluh. Biasanya, mempulur yang menggunakan rotan sega atau buluh digunakan untuk menjadi isi tekat kepada ragamhias yang besar dengan corak-corak tegas dalam gaya geometri. Selain daripada menggunakan kertas, rotan sega dan buluh, mempulur juga boleh dilakukan dengan menggunakan benang yang dikampuh atau dikembar beberapa jalur. Motif yang dihasilkan dengan menggunakan mempulur jenis ini berbentuk kecil dan lembut.17
Proses seterusnya ialah proses menyulam. Proses ini merupakan tahap paling penting dalam penghasilan seni tekat. Menyulam di sini membawa maksud menutup corak atau mempulur dengan menggunakan benang emas. Kerja menyulam ini dilakukan dengan menggunakan coban. Sebatang jarum tangan yang halus dan benang halus berwarna putih juga diperlukan ketika menekat benang emas itu. Ukuran jarum yang digunakan akan menentukan ikatannya tidak kasar dan meninggalkan kesan lubang. Benang emas kemudiannya dijahit menutupi mempulur dan tembus ke bawah kain baldu yang kemudiannya akan diikat jahit dengan benang putih. Namun begitu, benang putih tidak boleh kelihatan pada kain baldu dan benang emas pula mesti disulam secara rapat-rapat dan menutupi seluruh bahagian mempulur. Proses ini diulang sehingga semua mempulur ditutupi rapat dengan benang emas.18
Akhirnya selesailah proses menekat. Hasilnya ialah benang emas timbul di atas kain baldu. Hasil tekatan yang cantik dan indah dapat dilihat daripada kehalusan pembuatannya. Tekatan yang cantik ialah tekatan yang memenuhi bahagian mempulur dengan benang emas.19
            Secara teorinya, rupa bentuk tekatan terbahagi kepada dua, iaitu rupa bentuk dua dimensi dan rupa bentuk tiga dimensi. Rupa bentuk dua dimensi mempunyai permukaan yang datar, kecuali setelah dibentuk menjadi pakaian. Motif yang telah siap ditekat juga berbentuk datar, iaitu ragam hiasatau coraknya dijahit di atas permukaan. Sebagai contohnya, tikar, lemudi pintu, penyangkut kelambu, selempang dan kipas. Bagi rupa bentuk jenis tiga dimensi pula terbentuk dari sulaman bertekat yang digunakan untuk menutupi acuan atau rangka yang mempunyai ruang, rongga dan permukaan atas, bawah, kiri dan kanan. Contoh bagi tekat yang menggunakan rupa bentuk tiga dimensi ialah, kotak tembakau, sarung bantal, sarung keris dan kasut. Pembuatan tekat bagi rupa bentuk tiga dimensi lebih rumit berbanding pembuatan tekat dua dimensi.20
            Terdapat dua jenis ragam hias yang sering digunakan oleh tukang tekat, iaitu sulaman penuh dan sulaman pahat. Sulaman penuh merupakan ragam hias yang digunakan untuk menutupi mempulur yang dibuat dengan menggunakan kertas tebal. Mempulur ini berukuran antara 0.7sm hingga 0.5sm. Benang emas akan disusun dan disulam dengan rapatnya supaya tidak nampak bentuk mempulurnya. Kebanyakan motifnya dibentuk dengan susunan panjang lancip dan halus. Manakala, bagi ragam hias tekat jenis sulaman pahat pula digunakan untuk mempulur bersaiz besar, berukuran 0.5sm hingga 1.5 meter. Sebagai contoh, untuk membuat daun keladi, benang emas perlu ditekat pada jarak yang sama seperti mempulur kecil. Untuk itu, tukang tekat harus memendekkan langkau benang emas pada bahagian tengah daun, dengan cara menyulam setengah-setengah sehingga permukaan mempulur tertutup. Cara sulaman begini akan menghasilkan tekatan yang kelihatan berukuir dan berongga pada permukaan daun.21
            Motif adalah unsur utama dalam ragam hias. Bentuk motif dalam ragam hias tekat terdiri dari unsur alam iaitu unsur tumbuhan, unggas dan geometri. Contoh motif tumbuhan ialah daun pucuk paku, daun peria, daun keladi, daun padi dan pucuk rebung. Motif geometri ialah unsur-unsur alam yang dipilih sebagai motif dan dipersembahkan dalam gaya geometri. Motif ini telah lama wujud, tetapi coraknya berbeza-beza kerana penciptaan motif ini dipengaruhi oleh faktor keadaan alam. Setelah melalui berbagai zaman, maka secara umumnya motif ini boleh dibahagikan tiga jenis kumpulan, iaitu gaya geometri asli, gaya geometri alam dan gaya geometri gubahan. Contoh asas bagi motif geometri ialah seperti segi tiga, segi empat, kisi-kisi, swastika (motif paling popular) yang berbentuk ‘S’ dan garis lurus. Motif jenis unggas pula begitu terbatas penciptaannya jika dibandingkan dengan unsur tumbuhan. Dari beberapa contoh tekat di muzium negara, didapati hanya sehelai tikar panca yang menggunakan unsur burung sebagai motif utama. Bentuk motif dari unsur ini telah diubahsuai hingga melihatkan kesan awan larat. Ia disusun dengan motif bunga dan daun sebagai tambahan unsur burung. Walaubagaimanapun, proses penyulaman memastikan bahawa motif akan meninggalkan kesan lembut pda setiap sulaman. Oleh itu, unsur motif adalah sebagai perantara untuk menimbulkan kehalusan seni tekat sebenarnya. Hampir kesemua daripada contoh yang dikaji, merupakan motif-motif yang digabung dalam satu susunan hingga menimbulkan kesan kesatuan yang harmoni.22 Walau apapun bentuk motif yang dipilih oleh tukang tekat, yang penting ialah cara motif atau bentuknya disusun sehingga menimbulkan kesan lembut dan menarik. Biasanya untuk tujuan ini tukang tekat akan menggabungkan beberapa motif dalam satu hasil tekatan. Misalnya, unsur tumbuhan atau flora dan unsur binatang atau fauna digabungkan bersama dengan unsur geometri, hasilnya adalah satu kesan yang harmoni, hingga tidak menampakkan unsur geometri.23
            Seni tekatan merupakan warisan budaya Melayu yang tinggi nilainya, tidak sahaja cantik dan unik dipandang mata tetapi juga mempunyai simbolismenya yang tersendiri. Menurut Kamus dewan edisi keempat simbolisme ialah lambang untuk melahirkan atau menyampaikan sesuatu atau sepekara yang menonjol. Setiap bahan yang digunakan mempunyai makna disebaliknya, terutama bahan pada hasil tekatan itu, seperti benang emas, warna kain baldu dan motif yang terhasil. Kesemuanya menunjukkan tindak balas masyarakatMelayu terhadap unsur alam di sekelilingnya. Orang Melayu begitu peka terhadap warna alam dan mereka bijak menggabungkan warna-warna itu sehingga mewujudkan kesan harnoni dalam hasil seni tekat mereka. Tukang-tukang tekat begitu gemar menggunakan warna kain baldu yang garang seperti warna hitam dan merah. Warna-warna ini adalah lambang keberanian dan ketegasan. Benang emas putih dan kuning pula melambangkan wujudnya pengaruh Hindu yang kuat di kalangan orang Melayu sebelum kedatangan agama Islam. Mengenai motif pula, tukang tekat gemar mengambil motif bunga-bungaan untuk dijadikan motif tekat mereka. Ini membuktikan bahawa jiwa orang Melayu lemah lembut dan cinta pada kedamaian jelas ditonjolkan.24
Dalam melakukan tekatan, terdapat tiga cara bagaimana sesuatu motif itu disusun untuk meninggalkan kesan yang halus. Walaupun motif tekatan adalah peniruan unsur alam, tetapi untuk menjadikannya “lebih hidup” maka unsur melebih-lebihkan keadaan alam dilakukan agar menjadi lebih indah. Maka bentuk susunan memainkan peranan yang penting. Terdapat tiga cara susunan dalam tekatan, iaitu susunan sulur bayung atau sulur bakung, susunan tunggal dan susunan awan larat.
Susunan tunggal menggunakan motif secara sendirian atau secara tunggal, misalnya motif bunga. Motif bunga biasanya akan digabungkan dengan motif lain seperti daun, bentuk pucuk dan bentuk dahan untuk menghasilkan setangkai bunga. Susunan begini selalu digunakan untuk permukaan persegi seperti sarung kusyen dan sarung bantal.
Susunan sulur bayung atau sulur bakung terbentuk daripada penyusunan menjalar seperti motif tumbuhan melata. Bentuk motif yang digunakan di dalam susunan sulur buyung ialah motif bunga, putik dan daun. Setiap bentuk motif akan disusun secara seimbang. Sebagai contohnya, sekuntum bunga disulam di bahagian tengah, manakala bahagian kiri dan kanannya pula disulam dengan motif daun sehingga memenuhi permukaan kain baldu. Susunan begini sering digunakan untuk menghiasi kain tekat kemudi, bendul, pelamin dan peterana.
Susunan awan larat pula terbentuk melalui penyusunan penuh yang mengisi seluruh permukaan dasar dengan menggunakan motif tumbuhan dan unggas. Setiap motif disulami saling barkait dan bersentuhan antara satu sama lain, hingga sukar ditentukan di mana punca atau awal sulamannya. Punyusunan ini dikatakan sebagai susun awan larat kerana motif yang digunakan tidak lagi memperlihatkan bentuk motif yang jelas. Sebaliknya, ia merupakan susunan lingkaran melengkung, meliuk dan berkerawang. Menekat dengan menggunakan susunan ini memerlukan masa yang lama dan kemahiran yang tinggi kerana motif yang digunakan adalah lebih kecil dan halus. Tekatan jenis ini amat menarik dan harganya juga adalah mahal. Lantaran itu susunan tekat jenis susun awan larat hanya akan dibuat sekiranya ada tempahan sahaja.25
            Pada masa dahulu,penggunaan barangan tekatan, terutama pakaian di kalangan masyarakat Melayu adalah sangat terhad. Hal ini kerana pada masa dahulu hanya golongan diraja yang mendominasi penggunaan tekat. Pada masa itu, tekat hanya digunakan dalam majlis-majlis rasmi oleh golongan-golongan diraja kerana sifat tekat yang mewah.26 Tetapi seiring dengan perubahan zaman, barangan tekatan telah digunakan secara meluas dalam kalangan masyarakat Melayu. Penggunaannya sangat menonjol dalam upacara perkahwinan, baik dalam kalangan kerabat diraja mahupun dalam kalangan golongan kebanyakan. Di samping itu, seni tekat dapat dilihat di dalam upacara seperti khatam Al-Quran, berkhatan, merisik, bertindik dan banyak lagi. Dalam upacara perkahwinan, hampir keseluruhannya menggunakan barangan tekat. Sebagai contohnya, tekatan digunakan sebagai peralatan pelamin yang terdiri daripada kelambu, tempat letak tangan dan kaki, bantal dan sebagainya. Bagi mempelai pula, mereka akan mengenakan pakaian yang berasaskan tekat ataupun pakaian songket dan seterusnya bagi mempelai perempuan akan depadankan sekali dengan kasut bertekat. Malah, bilik mempelai juga tidak ketinggalan dihiasi dengan tekatan yang terdiri daripada kemudi pintu, tutup kekuda, lemudi katil, tikar sembahyang dan banyak lagi. Kegunaan tekat dalam adat istiadat perkahwinanMelayu menggambarkan mempelai sebagai raja sehari kerana pada dahulu kala hanya golongan diraja sahaja yang dibenarkan menggunakan tekat. Di dalam majlis berkhatam Al-Quran  dan berkhatan, tekatan digunakan sebagai cior untuk kanak-kanak lelaki membaca Al-Quran dan bersanding di atas pelamin mini. Bagi majlis cukur jambul pula, tekatan digunakan sebagai kelambu, bantal dan alas tilam bayi. Majlis-majlis yang menggunakan barang-barang bertekat menjadi lebih berseri dan menarik. Selain itu, tekat juga digunakan sebagai alat perhiasan dan barang keperluan di dalam rumah. Sebagai contohnya, pelapik kusyen, bantal, hiasan dinding, tudung saji dan lain-lain lagi.27 Walau bagaimanapun, jika kita tinjau semula zaman dahulu kala, fungsi tekat masih terbatas. Tekat hanya digunakan sebagai kelengkapan untuk istiadat dan upacara tertentu. Biasanya tekat digunakan sebagai kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Al-Quran dan seumpamanya. Secara umumnya, dalam kalangan kerabat diraja, tekat digunakan sebagai pakaian kebesaran dan hiasan seharian. Namun begitu, penggunaan tekat dalam kalangan masyarakat biasa pada masa itu agak terbatas kerana bahan asasnya merupakan bahan yang mewah. Malah penciptaannya juga memakan masa yang agak lama dan hasilnya yang dekoratif serta indah memerlukan penjagaan yang rapi apabila digunakan.28
            Walaupun sehingga hari ini tekatan masih dibuat, terutamanya di Perak, namun pembuatan tekat pada masa kini hanya dijadikan sebagai pekerjaan dan pendapatan sambilan sahaja. Hal ini kerana permintaan tekat kini kurang memberangsangkan dan tidak mendapat sambutan yang positif oleh orang ramai. Oleh itu, para penekat terpaksa melakukan pekerjaan lain untuk menyara kehidupan mereka. Keadaan begini secara tidak langsung menyebabkan generasi muda pada hari ini tidak berminat untuk mempelajarinya. Jika keadaan ini terus dibiarkan, tidak mustahil seni tekat ini akan dilupakan dan ditelan zaman.29 Justeru itu, tindakan segera perlu diusahakan agar seni tekatan tidak terus dilupakan dan dapat dikeluarkan secara komersial. Institut-intitut pengajian tinggi perlu menambahkan sesi kokurikulum mereka dengan memperkenalkan kelab dan persatuan budaya-budaya Malayu supaya dapat mengembalikan semula seni tekat kepada generasi muda pada hari ini.
            Warisan kita tanggungjawab kita. Nenek moyang kita yang menciptanya, kita yang harus mengekalkannya. Jika kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu warisan ini tenggelam dalam arus perdana ini, ke mana akan kita gapai kehidupan sebenar? Apakah erti sebenar kehidupan ini jika kita hanya mampu merosakkan yang baik dan membinasakan yang murni? Marilah kita sama-sama menggembleng tenaga demi memastikan warisan kita terus berdiri teguh di belakang kita sebagai warisan yang tidak boleh dijual beli oleh bangsa lain. Slogan Satu Malaysia harus dijadikan pegangan demi kehidupan yang lebih bersatu dan padu. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!
Konklusinya, seni tekat merupakan salah satu warisan negara Malaysia yang perlu dipelihara dan disanjungi oleh seluruh masyarakat Malaysia. Seni tekat adalah antara seni budaya yang menjadi kebanggaan negara dan harus dikekalkan agar tidak hilang ditelan zaman. Justeru itu, kita sebagai orang Malaysia yang berbilang kaum perlu menghargai dan menerima kembali seni warisan nenek moyang kita.Kegagalan untuk mengekalkan kebudayaan sendiri boleh menyebabkan imej negara dan masyarakat itu sendiri akan musnah dalam sekelip mata sahaja. Bak kata pepatah 'tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan' yang membuktikan betapa pentingnya kebudayaan sesebuah bangsa itu dalam kehidupan.


NOTA HUJUNG
1.         Abdullah Zakaria Ghazali dan Muhd Radzi Hj. Ahmad, Perak Warisan Budaya dan Sejarah(United Selangor Press Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2011), h.129
2.         DBP,Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua(DBP, 2008), h.87
3.         Kucc, Kerana Aya Sofia Bab 8(2011), http://cetera-kucc.blogspot.com/2011/11/kerana-aya-sofya-bab-8.html
4.         Syed Ahmad Jamal, “Tekatan”, Rupa dan Jiwa, (1992): h.95
5.         Kucc, Kerana Aya Sofia (2011), http://cetera-kucc.blogspot.com/2011/11/kerana-aya-sofya-bab-8.html
6.         Ieezal, Seni Tekat (2011), http://pendidikan-senivisual.blogspot.com/2010/08/seni-tekat.html
7.         Abdullah Zakaria Ghazali dan Muhd Radzi Hj. Ahmad, Perak Warisan Budaya dan Sejarah (United Selangor Press Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2011), h.129
8.         Siti Zainon Ismail, “Bab V Seni Tekat”,Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi, (1986)h.238-240
9.         Ibid. h.130
10.       Ibid. h.131
11.       Dato’ Hj Sulaiman Othman et. Al., “The Art Of Embroidery”, The Crafts of Malaysia, (1994) h.143
12.       Ibid. h.244
13.       Ibid. h.245
14.       Ibid. h.134
15.       Siti Zainon Ismail, “Bab V Seni Tekat”, Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi, (1986) h.244
16.       Rujukan daripada hasi temu bual bersama Alang Aminah
17.       Siti Zainon Ismail, “Bab V Seni Tekat”, Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi, (1986) h.244-246
18.       Abdullah Zakaria Ghazali dan Muhd Radzi Hj. Ahmad, Perak Warisan Budaya dan Sejarah(United Selangor Press Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2011), h.136
19.       Shahrudin Mohd Nor, “Design Magazine Malaysia Craft Design Experience ‘96” (Malaysia Handicraft Development Corporation, 1996), h.101
20.       Ibid. h.139
21.       Ibid. h.139
22.       Siti Zainon Ismail, “Bab V Seni Tekat”, Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi, (1986) h.256-258
23.       Abdullah Zakaria Ghazali dan Muhd Radzi Hj. Ahmad, Perak Warisan Budaya dan Sejarah (United Selangor Press Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2011), h.142
24.       Ibid. h.142
25.       Ibid. h.143-144
26.       Rujukan daripada hasi temu bual bersama Alang Aminah
27.       Abdullah Zakaria Ghazali dan Muhd Radzi Hj. Ahmad, Perak Warisan Budaya dan Sejarah (United Selangor Press Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2011), h.147
28.       Siti Zainon Ismail, “Bab V Seni Tekat”, Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi, (1986) h.240
29.       Abdullah Zakaria Ghazali dan Muhd Radzi Hj. Ahmad, Perak Warisan Budaya dan Sejarah (United Selangor Press Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2011), h.148



BIBLIOGRAFI
Abdullah Zakaria Ghazali dan Mohd. Radzi Hj. Ahmad. “Seni Tekat.” Perak Warisan Budaya dan Sejarah. Selangor : United Selangor Press Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2011
Dato’ Hj. Sulaiman Othman, Hj. Rudin Salinger, Khoo Joo Ee, Mohd Kassim Hj. Ali, Patricia Regis, Yeoh Jin Leng. “The Art Of Embroibery” The Craft Of Malaysia. Singapore : Tien Wah Press, 1994
Kucc. 2011. Kerana Aya Sofia Bab 8. http://cetera-kucc.blogspot.com/2011/11/kerana-aya-sofya-bab-8.html
Shahrudin Mohd Nor. Design Magazine Malaysia Craft Design Experience ’96. Selangor: Malaysia Handicraft Development Corporation, 1996
Siti Zainon Ismail. “Seni Tekat.” Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Bab V. Selangor : DBP (1986)
Syed Ahmad Jamal, “Tekatan.” Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur : Harian (Zulfadzli) Sdn. Bhd, 1992
Ieezal. 2011.Seni Tekat. http://pendidikan-senivisual.blogspot.com/2010/08/seni-tekat.html
Wartawan akhbar Metro. 2012/06/29. Tekat Benang Emas.http://www.hmetro.com.my/articles/Tekatbenangemas/Article




Labels: MAISARAH ISMAIL, PBS SJ


Thursday, 18 April 2013/ -21:24:00

#5 Dapatan Kajian part 1

Sara hanya share dapatan kajian sara part 1 sahaja... 
yang lain sara kongsikan lewat sikit kerana sara taknak penulisan sara diciplak.. :)
Maaf..
Semoga perkongsian ini ada manfaatnya.. ^_^

6.0       DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Kajian ini akan membincangkan tentang data-data yang diperoleh daripada sampel kajian. Data tersebut telah dianalisis untuk mendapatkan jawapan sebenar kepada objektif-objektif kajian yang berkaitan. Kesemua data yang diperoleh melalui set soalan soal selidik sebelum ini dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu kekerapan, skor min dan peratusan. Jadual 3 menunjukkan intepretasi skor min:
Skor Min
Intepretasi
1.00 hingga 2.33
Tahap Rendah (Tidak Setuju)
2.34 hingga 3.66
Tahap Sederhana (Kurang Setuju)
3.67 hingga 5.00
Tahap Tinggi (Setuju / Sangat Setuju)
Jadual 3
Berdasarkan jadual 3, skor min 1.00 hingga 2.33 menunjukkan pengataan tersebut berada pada tahap rendah yang bermaksud bahawa sempel kajian tidak setuju dengan kenyataan-kenyataan yang diberikan dalam borang soal selidik. Skor min 2.34 hingga 3.66 menunjukkan pernyataan tersebut berada pada tahap sederhana yang bermaksud bahawa sampel kajian tidak pasti atau kurang setuju. Manakala skor min 3.67 hingga 5.00 pula menunjukkan pernyataan tersebut pada tahap tinggi yang bermaksud bahawa sampel kajian bersetuju dengan kenyataan yang diberikan.
6.1            DAPATAN KAJIAN BAHAGIAN A : Latar Belakang Responden
Bahagian A soal selidik dikhususkan kepada latar belakang sampel kajian yang mengandungi perkara-perkara seperti jantina, bangsa, umur, agama dan status.  Maklumat pada jadual dan graf 6.1.1 hingga 6.1.5 menunjukkan analisis data dan perbincangan dengan jelas mengenai latar belakang responden.

/ -21:19:00

#4 Kaedah Kajian


5.0       KAEDAH KAJIAN :          

Kajian yang akan saya jalankan ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dalam pengumpulan data. Pendekatan kualitatif adalah melibatkan kaedah pemerhatian dan kaedah temu bual. Manakala pendekatan kuantitatif pula adalah kaedah pengumpulan data dengan menggunakan borang soal selidik.

5.1  Kaedah Pemerhatian
Menurut Chua Yan Piaw (2008) kaedah pemerhatian adalah salah satu kaedah yang dapat mengumpulkan data-data yang hendak dikaji dalam kajian yang dijalankan agar membolehkan pengkaji memerhati kumpulan-kumpulan tertentu yang hendak dikaji. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu pengkaji mengenal pasti beberapa gambaran berkaitan dengan objiktif kajian. Kaedah pemerhatian digunakan adalah untuk memerhati sambutan pelanggan terhadap Perniagaan Burger Mat Salai Pulai Jaya mengikut masa yang telah dirangka. Pengkaji akan mentafsir pemerhatian dalam jadual Matriks Analisis Kualitatif (Pemerhatian).

5.2  Kaedah Temu Bual                          
Kajian ini juga akan turut gunakan penemubual yang melibatkan antara pengusaha perniagaan dan pelanggan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti perniagaan ini. Menurut Ahmad Mahdzan Ayob (1985), kaedah temu bual atau lebih dikenali sebagai temu ramah adalah merupakan kaedah yang paling popular dalam melakukan tinjauan daripada responden yang terlibat. Tujuan temu bual atau temu ramah dilakukan adalah untuk mengesahkan dapatan kajian daripada responden soal selidik. Saya akan menemubual peniaga dan pelanggan Gerai Burger Mat Salai Pulai Jaya untuk mengesahkan dapatan kajian saya. Hasil temu bual dilampirkan di bahagian lampiran.

5.3  Kaedah Soal Selidik
Menurut Mohd Majid Konting (1993), soal selidik merupakan satu alat yang penting bagi seseorang pengkaji dalam menjalankan kajian kerana kualiti soal selidik akan menentukan nilai penyelidikan secara keseluruhannya. Sekiranya soalan yang dikemukakan dalam soal selidik itu kabur, maka jawapan yang diperolehi tidak akan memberi pengertian yang nyata dan ini akan merosakkan sesuatu hasil kajian. Kaedah soal selidik lebih praktikal dan berkesan untuk mengkaji populasi yang besar untuk mewujudkan ketepatan anggaran statistik sampel. Kajian ini sesuai untuk mendapat maklumat secara umum dari kumpulan sasaran (focus group). Oleh kerana pendapat orang ramai berbeza-beza, maka sampel yang besar diperlukan bagi mengetahui trend pendapat orang ramai. Apabila melibatkan sampel yang ramai, maka instrumen soal selidik lazimnya digunakan untuk mendapatkan data. Penggunaan kaedah soal selidik bagi kajian yang menggunakan saiz sampel yang besar dapat mengurangkan ralat persampelan.
                 Dalam kajian ini, saya telah menggunakan borang soal selidik untuk diedarkan kepada para pelanggan di Gerai Burger Mat Salai Pulai Jaya dan penduduk setempat. Soal selidik ini mengandungi soalan-soalan yang disusun secara teratur mengikut objektif kajian untuk dijawab oleh responden.
                 Menurut Azlah Bin Md Ali (2005) jawapan yang boleh dipilih oleh responden  atau boleh dikenali juga sabagai kaedah soal selidik tertutup ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Antaranya ialah seperti berikut :
a)      Menerusi kaedah ini akan memudahkan saya untuk menganalisis borang soal selidik berdasarkan jawapan yang saya tetapkan sendiri.
b)      Kaedah ini sangat sesuai dilakukan bagi menangani masalah respondan yang kurang gemar memikirkan jawapan yang hendak ditulis dalam borang soal selidik yang saya edarkan kerana jawapan telahpun tersedia. Di samping itu, kaedah ini sesuai bagi respondan yang tidak mahu berfikir secara kritis bagi menghasilkan jawapan.

Bagi kajian ini, saya telah menyediakan satu set borang soal selidik yang mengandungi dua bahagian. Bahagian pertama atau bahagian A merupakan maklumat peribadi responden. Bahagian B pula mempunyai 30 soalan berdasarkan tiga objektif kajian yang telahpun saya rangka pada awal kajian. Saya telah mengedarkan sebanyak 75 set soalan soal selidik kepada orang ramai untuk maklum balas kajian saya. Namun begitu, hanya 50 set soalan yang berjaya dikembalikan. Oleh hal yang demikian, saya akan menggunakan 50 set soalan yang telah dikembalikan itu untuk proses analisis dan perbincangan kajian saya.

5.3.1        Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan untuk pengumpulan data primer dalam kajian ini adalah borang soal selidik. Soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 1 di bawah :

Bahagian
Jenis Item (mengikut objektif)
Bilangan Item
A
Maklumat Responden
5
B
Mengenal Pasti Sambutan Pelanggan Terhadap Perniagaan Burger
10
Mengenal pasti tahap layanan peniaga burger terhadap pelanggan
10
Menganal pasti cabaran yang dihadapi oleh peniaga burger
10
JUMLAH ITEM
35
Jadual 1


            Jelasnya, kajian ini akan menggunakan kedua-dua pendekatan iaitu pendekatan kualitatif dan kuantitatif yang melibatkan  kaedah kajian, iaitu kaedah pemerhatian, kaedah temu bual dan kaedah soal selidik. Kaedah soal selidik menggunakan skala pengukuran lima mata model Likert. Sempel kajian dikehendaki memberi maklum balas terhadap penyataan yang dikemukakan dalam bentuk seperti berikut :

1.      Sangat Tidak Setuju (STS)
2.      Tidak Setuju (TS)
3.      Kurang Setuju (KS)
4.      Setuju (S)
5.      Sangat Setuju (SS)

            Bagi jawapan untuk borang soal selidik yang diedarkan, responden dikehendaki menanda (P) bagi jawapan yang difikirkan terbaik pada ruangan nombor yang disedikan sebagaimana yang ditunjukkan pada jadual di bawah ini.

STS
TS
KS
S
SS
1
2
3
4
5





Jadual 2

Kesimpulannya, penggunaan alat yang tepat dalam sesuatu kajian adalah penting kerana dengan alat tersebut, data dapat diperolehi dan dikumpul dan seterusnya diproses dengan tepat. Daripada data tersebut, dapatlah dimanifestasikan tindak balas sebenar responden yang terlibat.

Labels: MAISARAH ISMAIL, PBS PA


/ -21:13:00

#3 Objektif / Konsep Kendalian / Lokasi Kajian


Assalamualaikum sekali lagi ;)
Formatnya mungkin lari kerana sara terpaksa copy dari word ke blog.. 
Kemalasan melanda + Tak reti nak edit ^_^


2.0       OBJEKTIF KAJIAN          

Objektif kajian merupakan nadi kepada sesebuah kerja kursus atau kajian. Secara teorinya, objektif kajian ialah apa yang hendak kita capai melalui kajian yang kita lakukan. Bagi kajian ini, saya telah memilih beberapa objektif untuk melengkapkan kajian saya.

2.1 Mengenal pasti potensi perniagaan Burger Mat Salai Pulai Jaya.
Saya memilih objektif ini kerana saya ingin mencari tahu potensi perniagaan Burger Mat Salai dalam memperoleh keuntungan dan bagaimana mereka menghadapi cabaran dan risiko dalam perniagaannya. Hal ini kerana, wujudnya banyak gerai-gerai makanan lain yang memberi saingan hebat kepada perniagaan Burger Mat Salai.

2.2  Mengenal pasti sambutan penduduk terhadap perniagaan burger.
Menerusi kajian saya, saya memilih objektif ini kerana saya ingin mengetahui sambutan penduduk yang ramai terhadap perniagaan burger yang terdapat di situ. Hal ini kerana, kawasan perumahan yang banyak dan wujudnya populasi penduduk yang ramai di lokasi kajian saya.

2.3  Mengenal pasti faktor-faktor yang membawa kepada keuntungan perniagaan burger.
Objektif ini dipilih kerana ingin mengenal pasti faktor-faktor yang membuatkan perniaga burger mendapat keuntungan dalam perniagaannya. Hal ini kerana saya dapat melihat secara kasar banyak faktor yang boleh menyumbang keuntungan kepada Perniagaan Burger Mat Salai Pulai Jaya.

2.4  Mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh peniaga burger dalam mencapai keuntungan.
Seperti yang kita semua sedia maklum, bukan mudah untuk berniaga. Banyak risiko dan cabaran yang perlu di lalui. Justeru, objektif ini dipilih bagi mengetahui cabaran yang dihadapi oleh peniaga burger untuk mendapatkan keuntungan, menarik pelanggan dan mengekalkan kualiti produknya.


3.0       KONSEP KENDALIAN (DEFINISI ISTILAH)
Beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini perlu diperjelaskan bagi menerangkan dengan lebih terperinci maksud dan kehendak pengkaji berkaitan dengan kajian yang dijalankan.

3.1  Potensi
Menurut Endra K (2004) potensi boleh diertikan sebagai kekuatan, tenaga, atau kemampuan yang terpendam yang dimiliki dan belum dimanfaatkan secara optimal. Potensi diri yang dimaksudkan di sini ialah suatu kekuatan yang masih terpendam yang berupa karakter, minat, bakat, kecerdasan dan nilai-nilai yang terkandung dalam diri tetapi belum dimanfaatkan dan diolah. Dari pengertian di atas dapat disimpulkan bahawa potensi adalah kemampuan dasar yang dimiliki oleh diri atau organisasi dan mampu untuk dikembangkan  jika adanya latihan dan strategi yang hebat.

3.2  Perniagaan
Perkataan ‘perniagaan’ membawa maksud perihal berniaga atau perdagangan Kamus Dewan Edisi Empat (2005). Frasa ‘perniagaan’ ini juga membawa maksud urusan berjual beli untuk mencari keuntungan Kamus Pelajar Edisi Kedua 2008. Menurut buku Pengajian Perniagaan Penggal 1 (2012), perniagaan ialah aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat dengan tujuan untuk mendapat keuntungan. Dalam kajian ini perniagaan merujuk kepada fokus kajian saya iaitu mengkaji tentang perniagaan burger.

3.3  Burger
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat (2005), burger merupakan makanan ala barat yang digemari oleh golongan tertentu. Juga dikenali sebagai ‘fast food’ atau makanan segera. Secara holistik burger merupakan kepingan daging kisar yang sudah dibubuh rempah yang digoreng atau dipanggang, biasanya dimakan bersama roti. Burger di sini digunakan sebagai objek kajian.

3.4  Cabaran
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat (2005), perkataan ‘cabaran’ di sini merujuk kepada sesuatu yang menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi Cabaran dalam kajian ini merujuk kepada liku-liku atau kesusahan dan masalah yang dihadapi oleh peniaga burger bagi mencapai matlamat mereka iaitu keuntungan.

3.5  Keuntungan
Keuntungan merupakan perbezaan di antara pendapatan dan perbelanjaan perniagaan. Keuntungan perniagaan menggalakkan peniaga-peniaga untuk menjalankan dan mengembangkan perniagaan mereka. Ia juga merupakan pulangan atau ganjaran kepada peniaga-peniaga yang sanggup menghadapi risiko daripada pelaburan wang dan masa mereka. Keuntungan dalam kajian ini merujuk kepada keuntungan peniaga burger.



4.0       LOKASI KAJIAN

Saya telah memilih Bandar Pulai Jaya sebagai lokasi kajian saya. Lokasi ini telah dipilih kerana lokasi ini terletak di kawasan perumahan saya. Oleh hal yang demikian, situasi ini akan memudahkan saya untuk melaksanakan kajian ini. Hal ini juga kerana jangka masa yang diberikan untuk menyelesaikan kajian ini juga agak singkat iaitu selama 14 minggu sahaja.
Selain itu, lokasi ini juga dipilih kerana lokasinya sangat strategik untuk menjalankan kajian. Sesuai dengan tajuk kajian saya iaitu berkaitan tentang potensi perniagaan Burger Mat Salai Pulai Jaya di Bandar Pulai Jaya. Hal ini kerana Bandar Pulai Jaya berdekatan dengan Kampung Merawan Indah, Kampung serdang Permai, Taman Pulai jaya dan Taman Muda yang menempatkan banyak perumahan dan seterusnya menjadikan kawasan ini mempunyai masyarakat pelbagai kaum.
Di samping itu lokasi kajian saya iaitu Bandar Pulai Jaya juga menempatkan sebuah kilang elektronik iaitu Kilang Unisem, yang menggaji banyak pekerja asing. Disamping itu, sebuah hostel untuk pekerja asing tersebut telah terbina. Hal ini sekali gus menambahkan lagi populasi bilangan penduduk di sini.
Kesimpulannya, lokasi Bandar Pulai Jaya telah menjadi pilihan saya sebagai lokasi untuk saya menjalankan kajian ini kerana lokasi ini berdekatan dengan rumah saya dan bersebelahan dengan banyak lagi kawasan perumahan yang seterusnya menambahkan populasi penduduk di sini. Hal ini secara tak langsung, dapat menambahkan bilangan sampel saya untuk terlibat dalam menjawab objektif kajian saya.

4.1  BATASAN KAJIAN :
1. Masa yang diperuntukkan adalah sangat terhad.
2. Tugas  hakiki dan komitmen penyelidik.
3. Kerjasama dari responden atau orang ramai.
4. Kos penyelidikan.

★ my fav blogger ★

Matlutfi Maria Elena Yuyu Zulaikha Nisa Kay Hanis Zalikha Cik Epal Cik Nadia Bayu Irine Nadia Marcello Fatin Liyana Anuar Hadi FukkenLol Dena Bahrin

archives

February 2013 March 2013 April 2013 June 2013 September 2014 July 2015
★ who say students can't gossip? ★



Lai Lai Sembang-Semabang
Kita Gossip Gossip :D Kita-Kita Je !

★ Dear reader ★

dear readers..
u are free to take anything here..
i really dont mind if u wanna share or copy my entries or my words..
and you can do it without seeking my approval..
and u can do it without crediting to me..
i really dont mind because all ideas i got..its belong to Allah not mine..